Home » SUKAN » Gambar-Gambar Rekaan Stadium Latihan Tertutup JDT

Gambar-Gambar Rekaan Stadium Latihan Tertutup JDT

Gambar-Gambar Rekaan Stadium Latihan Tertutup JDT

Admin tertarik melihat Gambar-Gambar Rekaan Stadium Latihan Tertutup JDT yang diberitakan akan memulakan pembinaan pada Januari 2015. Melalui laman FB JST ( Johore Southern Tiger ) admin ingin kongsikan beberapa gambar rekaan stadium tersebut.

Jika benar-benar direalisasikan JDT adalah satu-satunya pasukan yang mempunyai kemudahan ini. Rasanya bukan sahaja di negeri-negeri tetapi pihak FAM pun tidak mempunyai kemudahan seperti ini sehingga ke hari ini.

Stadium ini akan dibina berhampiran Dataran Bandaray Johor Bahru dan dibina mengikut spesifikasi FIFA. Ia akan dilengkapi dengan kemudahan Pusat Perubatan yang ditempatkan berhampiran stadium latihan ini.

Proses pembinaan dijangka siap Disember 2015. Rasanya pasti peminat JDT tidak sabar menantikan kemudahan ini. Bagi admin bila ia siap nanti ia bukan sahaja kebanggaan bagi rakyat Johor tetapi juga bagi rakyat Malaysia.

p/s : Admin ambil gambar dari FB JST. Segala tulisan adalah dari ulasan admin sendiri.

Check Also

Live Streaming Cambodia vs Malaysia SEA Games

Live Streaming Cambodia vs Malaysia SEA Games

Live Streaming Cambodia vs Malaysia SEA Games 2019. Sepak mula akan dilangsungkan jam 4.00 petang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.