Home » BERITA » Gambar Helikopter TLDM Mendarat Cemas

Gambar Helikopter TLDM Mendarat Cemas

Gambar Helikopter TLDM Mendarat Cemas di atas jalan raya di Lumut. Tentera Laut Diraja Malaysia ((TLDM) mengesahkan sebuah helikopter Fennec miliknya melakukan pendaratan cemas di dalam Pangkalan TLDM Lumut pada jam 12 tengah, hari ini.

Gambar Helikopter TLDM Mendarat Cemas
Gambar Helikopter TLDM Mendarat Cemas

Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM dalam satu kenyataan berkata, kejadian berlaku ketika helikopter berkenaan melakukan penerbangan operasi.

Tanpa menyebut berapa kru terbabit, kenyataan berkenaan berkata semua kru helikopter selamat dalam kejadian berkenaan.

“Kru kini menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Pangkalan TLDM Lumut.

“Insiden tidak membabitkan kecederaan kepada orang awam dan kawasan insiden terkawal,” kata kenyataan itu, hari ini.

Kenyataan itu berkata, TLDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian.

Difahamkan ia kejadian kemalangan pertama membabitkan pesawat TLDM sepanjang lebih 30 tahun penubuhan Skuadron Udara TLDM. -BH Online-

Check Also

Caprice Mohon Maaf Pada Ustaz Ebit Lew

Caprice Mohon Maaf Pada Ustaz Ebit Lew

Caprice Mohon Maaf Pada Ustaz Ebit Lew. Ibarat kata pepatah buang yang keruh ambil yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.