Home » Uncategorized » Gambar Honda Jazz 2014

Gambar Honda Jazz 2014

Gambar Honda Jazz 2014

Kuala Lumpur: Honda Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan generasi ketiga, Honda Jazz sebentar tadi.

Kereta kompak yang melakukan pemasangan tempatan (CKD) itu hadir dengan tiga varian iaitu S, E dan V.

Ia dijual masing-masing RM72,800, RM79,800 dan RM87,800 atas jalan termasuk insurans.

Honda Jazz terbaru hadir dengan bentuk baru yang mana ruangan dalamannya lebih luas bagi sebuah kenderaan kompak.

Enjinnya menggunakan 1.5 liter yang menyalurkan 120 PS pada 6,600 rpm dengan tork setinggi 145 Nm pada 4,600 rpm.

Selain itu, ia dipadankan kotak gear CVT terbaru daripada Teknologi Earth Dreams yang menawarkan tahap penggunaan bahan api yang optimum.-Metro-

Lagi gambar dari Paultan


Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.