Home » Uncategorized » Gambar Jersi Baru Manchester United Musim 2014/2015

Gambar Jersi Baru Manchester United Musim 2014/2015

 

Gambar Jersi Baru Manchester United Musim 2014/2015

MANCHESTER United buat pertama kalinya memperkenalkan jersi baharu pasukan itu bagi musim 2014/2015.

Jersi rekaan baharu itu turut memaparkan logo Chevrolet sebagai penaja rujuk Gambar Jersi Baru Manchester United Musim 2014/2015.

Syarikat pembuat kereta Amerika Syarikat (AS) itu merupakan nama besar baharu yang menghiasi jersi pasukan Liga Perdana Inggeris tersebut selepas Sharp, Vodafone, AIG dan Aon.
Ia boleh didapati untuk pra tempahan di United Direct dan Nike.com sebelum memasuki pasaran seluruh negara pada 16 Julai ini.

Jersi tersebut akan digunakan Red Devils ketika bertemu LA Galaxy pada siri Jelajah 2014.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Manchester United, jersi tersebut merangkumi identiti asli kelab tersebut dengan mendapat sentuhan baharu di bahagian kolar dan lengan yang bergaris hitam dan merah.-Mstar-

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.