Home » SUKAN » Gambar Jersi JDT Musim 2020

Gambar Jersi JDT Musim 2020

Gambar Jersi JDT Musim 2020. Sudah pasti semua peminat pasukan Johor Darul Takzim (JDT) tidak sabar-sabar untuk mendapatkan jersi terbaru pasukan mereka. Baru-baru ini pasukan JDT telah memperkenalkan kepada umum jersi pasukan mereka untuk musim 2020.

Gambar Jersi JDT Musim 2020
Gambar Jersi JDT Musim 2020

Untuk musim 2020 ini jeri pasukan JDT dihasilkan dengan dua rekaan, jersi JDT kali ini menampilkan rekaan berjalur merah dan biru untuk jersi home dan putih-emas untuk jersi away namun tiada nama penaja yang terpapar.

Kenapa tiada nama penaja yang terpapar di atas jersi pasukan JDT untuk musim 2020 ini? Ini penjelasan yang telah diberikan menerusi laman Facebook rasmi JOHOR Southern Tigers.

Ketiadaan nama penaja pada bahagian hadapan jersi JDT pada kali ini adalah sinonim dengan Misi RM1 Billion.

Ia adalah gambaran bahawa kelab tersebut mampu berdiri sendiri melalui nilai komersil kelab tersebut.

Misi 1 Billion pertama kali didedahkan kepada umum oleh pemilik, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyasarkan nilai kelab berkenaan akan mencecah RM 1 billion dalam tempoh dua tahun akan datang.

Katanya, empat syarikat audit terbesar dunia akan membuat penilaian terhadap nila kelab JDT yang merangkumi apa jua aset dan nilai komersil.

“Sasaran kami adalah diberi pengiktirafan dengan kelab ini bernilai RM1 billion dan kalau boleh lebih. Itu perancangan besar saya untuk pastikan JDT sentiasa berada dalam kelas tersendiri.

“Kami juga sedang dalam perbincangan bersama pemegang saham baharu dan antaranya bekas pemain antarabangsa Itali, Marco Materazzi.

“Malah beberapa bekas pemain antarabangsa bertaraf dunia juga menyatakan minat untuk membeli saham kelab JDT dan ketika ini saya memegang majoriti saham iaitu 70 peratus hingga 80 peratus dan akan memberi 20 peratus hingga 30 peratus saham kepada sahabat dan rakan penaja,” katanya pada sidang media pada Disember lalu.-MG-

Check Also

Live Streaming Perak vs UiTM 11 September 2020

Live Streaming Perak vs UiTM 11 September 2020

Live Streaming Perak vs UiTM 11 September 2020. Jangan lupa saksikan perlawanan Liga Super 2020 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.