Home » SUKAN » Gambar Jersi Kelantan 2016

Gambar Jersi Kelantan 2016

Gambar Jersi Kelantan 2016
Gambar Jersi Kelantan 2016

Berikut admin kongsikan kepada semua peminat bola sepak Malaysia terutama peminat pasukan Kelantan Gambar Jersi Kelantan 2016. Tahun 2016 pasukan Kelantan akan dikenali sebagai Pamoga Qu Puteh The Red Warriors(PQPTRW).

Majlis perlancaran yang diadakan di Kelantan Trade Cantre itu memperkenalkan jersi terbaru mereka yang dilihat turut mengekalkan warna merah selain warna merah jambu yang diminta oleh Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk Seri Vida.

Majlis yang diadakan Majlis Pelancaran Jersi Pamoga Qu Puteh The Red Warriors yang diadakan kira-kira jam 2 petang tadi memperkenal lima jersi rasmi jenama DSV yang bakal digunakan pada musim 2016. Jersi berkenaan dilaporkan direka khas dengan ciri-ciri kesihatan dan digayakan oleh Datuk Seri Vida sendiri di depan penyokong dalam majlis di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu sebentar tadi.

Rekaan jersi tersebut termasuk termasuk edisi penjaga gol melalui ‘Supra Player’, Millenia dan Mantera. Penaja utama untuk pasukan PQPTRW kali ini ialah Vida Beauty, Pamoga Qu Puteh, Millenia dan Chengal Jati. Sumber berita dan gambar adalah daripada Siakap Keli.

 

 

Check Also

Live Streaming Cambodia vs Malaysia SEA Games

Live Streaming Cambodia vs Malaysia SEA Games

Live Streaming Cambodia vs Malaysia SEA Games 2019. Sepak mula akan dilangsungkan jam 4.00 petang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.