Home » Uncategorized » Gambar Kejadian Letupan Bom di Bukit Bintang

Gambar Kejadian Letupan Bom di Bukit Bintang

Gambar Kejadian Letupan Bom di Bukit Bintang

KUALA LUMPUR: Seramai 14 cedera, seorang dikatakan parah, dalam insiden letupan bom di sebuah bangunan di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur kira-kira jam 4.00 pagi tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa mengesahkan kejadian ketika dihubungi.

Beberapa buah kenderaan di tempat kejadian, termasuk kenderaan mewah, turut mengalami kerosakan akibat letupan bom berkenaan.

Letupan dipercayai daripada dua bom tangan yang dilempar ke tempat kejadian dari aras dua bangunan berdekatan.

Salah satu daripada bom tersebut bagaimanapun tidak meletup. Bom tersebut ditemui di bawah sebuah kenderaan yang turut rosak akibat letupan.

Mangsa kejadian berusia di antara 20 hingga 42 tahun, dua daripadanya wanita. Semua mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Terdahulu, tujuh daripada mereka – enam lelaki, satu wanita – telah dihantar ke hospital swasta Tung Shin sebelum dipindahkan ke HKL sekitar jam 6.30 pagi.

Dilaporkan mangsa yang parah ialah pekerja joki kereta yang kini dirawat di unit rawatan rapi HKL.

Pihak polis masih menyiasat motif kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Senjata dan 307 Kanun Keseksaan.-Awani-

Check Also

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan Baru tadi admin kongsikan link live streaming tentang pengumuman …

2 comments

  1. gamas malaysia skrg ni main bom plak dah.. hurmmm

  2. bahaya betul sekarang nih kan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.