Home » Uncategorized » Gambar Lori bawa toksik terbalik di Lebuh Raya PLUS

Gambar Lori bawa toksik terbalik di Lebuh Raya PLUS

Sebuah lori tanker yang membawa bahan toksik telah terbalik dan menyebabkan kemalangan 2 kereta yang lain di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Jelapang. Untuk berita penuh mohon rujuk berita dari Awani di bawah ini :

KUALA LUMPUR: Sebuah lori tangki yang membawa bahan toksik formaldehid terbalik dan mengalami kebocoran di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Jelapang pagi tadi.

Menurut satu laporan Bernama, laluan di Km 269.8 dijangka ditutup kepada lalu lintas sehingga 1 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, P. Sumasivam berkata buat masa ini trafik dilencongkan ke Jalan Persekutuan.

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

Penutupan jalan itu bagi membolehkan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dari Balai Bomba dan Penyelamat pasir Puteh di sini menjalankan kerja-kerja pembersihan, katanya kepada pemberita di lokasi.

Menurut Sumasivam, kemalangan berlaku pukul 7.20 pagi tadi dan turut membabitkan dua buah kereta yang gagal mengelak lori tangki berkenaan yang melintangi jalan.

Kemalangan menyebabkan empat orang termasuk pemandu lori tangki itu cedera dan kesemua mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk mendapatkan rawatan, katanya.

Beliau berkata lori itu yang membawa 23 tan metrik cecair formadehid bagi kegunaan industri dalam perjalanan dari Prai, Pulau Pinang ke Kuantan, Pahang.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/lori-bawa-bahan-toksik-terbalik-berhampiran-plaza-tol-jelapang-28053?cp

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

3 comments

  1. salam,boleh add blog saya dalam bloglist tuan -http://beritapantas92.blogspot.com/

  2. OMG…harap2 mangsa kemalangan tu tak terkena formaldehyde ni…
    Macam-macam…

  3. aku plg x suka lori acdnt melintang tgh jln. 🙁 guwa pun hampir nk berlanggar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.