Gambar Myvi 2018 Didedah Kepada Umum melalui perkongsian dari laman sesawang automotif nombor satu Malaysia Paultan. Seperti yang semua sedia maklum bahawa pada 8 November 2017 baru-baru ini telah diadakan pengumuman rasmi tentang generasi ketiga model Perodua Myvi ini. Berita penuh berkaitan dengan pengumuman tersebut perinciannya anda boleh baca di SINI.
Gambar Myvi 2018 Didedah Kepada Umum namun ia bukanlah gambar keseluruhan. Satu unit kereta Perodua Myvi 2018 diletakkan di dalam “kotak” yang melindungi sebahagian besar badannya. Tetapi, ada dua bukaan yang dibiarkan untuk menampakkan bahagian belakang serta depan. Ini membuatkan para penonton lebih ingin tahun dengan rekabentuk Myvi 2018 ini.
Perodua Myvi Serba Baru ditawarkan pada varian 1.3G Standard (MT) berharga RM44,300, 1.3G Standard (AT) berharga RM46,300, 1.3X Premium (MT) berharga RM48,300, 1.5 High (AT) berharga RM51,800 dan 1.5 Advance (AT) berharga RM55,300. Varian 1.3L dan 1.5L dijana enjin DOHC Dual VVT-i dengan transmisi empat kelajuan automatik atau lima kelajuan manual (1.3G Standard saja).
Review dari penulis Paultan.Org
Bukaan di hadapan menampakkan sedikit bahagian gril serta lampu hadapan LED yang melengkapi model baru ini. Rekaan kedua-duanya seperti ada kesinambungan dan bersambung dari hujung ke hujung, dengan bahagian gril hadir dengan rekaan tiga garis dengan logo besar Perodua ditengah-tengahnya.
Di belakang, bukaannya lebih luas, memperlihatkan bahagian lampu belakang hingga bahagian spoiler dibahagian hujung bumbung. Bahagian atas lampu belakang yang menggunakan menggunakan lampu LED juga dapat dilihat dengan jelas.
Jika dilihat pada bahagian cermin belakang pula, ia nampak lebar dan tidak terlalu tinggi, tidak seperti pada Myvi sebelumnya yang nampak lebih kompak. Ini mencadangkan kepada kita bahawa Myvi 2018 ini mempunyai kedudukan bumbung yang lebih rendah, dengan menghampiri rekaan hatchback sebenar dan bukan lagi bumbung tinggi seperti dahulu.
Untuk lebih banyak gambar anda boleh terus ke pautan INI . Pastinya anda akan teruja.