Home » Uncategorized » Gambar Suspek Godam Mesin ATM Didedah

Gambar Suspek Godam Mesin ATM Didedah

Gambar Suspek Godam Mesin ATM Didedah

SHAH ALAM – Polis hari ini mendedahkan gambar-gambar suspek dalam siri
insiden kehilangan wang dari beberapa buah mesin ATM di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mortadza
Nazerene berkata, pihaknya telah memulakan siasatan dan melancarkan
operasi khas, ‘Ops Albatross’ untuk mengesan dan mengheret pihak yang
bertanggungjawab ke muka pengadilan.

“Siasatan awal menunjukkan bahawa terdapat beberapa lelaki yang
dipercayai warga asing, telah membuka panel bahagian atas ATM dengan
menggunakan ‘common key’, kemudiannya, satu cakera padat (CD) dimasukkan
ke dalam CD-ROM yang terdapat di dalam mesin berkenaan untuk menyuntik
Malware yang dikenali sebagai ‘ulssm.exe’.

“Selepas mengeluarkan CD, panel akan ditutup semula dan ahli sindiket
akan mengeluarkan kesemua wang di dalam ATM tersebut menggunakan panel
kekunci dengan memasukkan kod tertentu yang diterima melalui panggilan
telefon daripada rakan sejenayah.

“Slot kad ATM akan disumbat dengan objek berupa kad sim, kertas ataupun
puntung rokok bagi menyekat akses pengeluaran wang oleh pengguna lain,”
katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam kenyataan sama, beliau memohon kerjasama orang ramai untuk tampil membantu siasatan.

“PDRM komited untuk membanteras jenayah ini sehingga ke akar umbi bagi
mengekalkan keyakinan rakyat terhadap institusi kewangan tempatan.

“Sehubungan itu, PDRM turut memohon kerjasama anggota masyarakat untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan polis.

“Sila hubungi Senior Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din di talian
019-6000135 atau 03-26163839 jika mempunyai sebarang maklumat berhubung
jenayah ini,” katanya.

Semalam, polis melaporkan satu sindiket dipercayai dari Amerika Latin
melarikan wang tunai lebih daripada RM3 juta, setelah menggodam 17 mesin
ATM
di Selangor, Melaka dan Johor.-Sinar-

Check Also

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan Baru tadi admin kongsikan link live streaming tentang pengumuman …

2 comments

  1. wow blog ni hebat pada pandangan Etuza..etuza dah linkkna ya

  2. ni la diaorg..dtg malaysia buat kerja jahat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.