Home » BERITA » Gara-Gara Sales 11.11 Suami Ingin Terjun Bangunan

Gara-Gara Sales 11.11 Suami Ingin Terjun Bangunan

Gara-Gara Sales 11.11 Suami Ingin Terjun Bangunan. Gara-gara penangan ‘jualan harga runtuh’ pada 11.11 kelmarin, seorang suami mahu membunuh diri kerana isteri membelanjakan lebih dari 300,000 yuan (RM177,559) membeli-belah beg tangan berjenama, minyak wangi mahal, pakaian dan banyak lagi secara dalam talian.

Gara-Gara Sales 11.11 Suami Ingin Terjun Bangunan
Gara-Gara Sales 11.11 Suami Ingin Terjun Bangunan

Wang, 29 dari Luzhou, Sichuan begitu tertekan kerana isterinya, Zhan, 29, terlalu boros.

Menurut China Press, polis menerima satu laporan mengenai seorang lelaki mahu terjun dari tingkat 33 bangunan jam 10 malam.

Pasukan penyelamat cuba memujuk lelaki itu kerana dia terlalu beremosi sebelum menyelamatkannya dari terus terjun bangunan.

Hasil siasatan mendapat, lelaki terlalu tertekan dan emosi kerana tidak mampu bayar hutang selepas isterinya baru sahaja menambah jumlah hutang semasa promosi ‘sale 11.11‘.

Dia berkata, perkara itu bukan kali pertama kerana tahun lalu isterinya juga pernah berbuat sedemikian.

Si isteri telah membelanjakan lebih daripada 200,000 yuan (RM118,374) dan si suami telah membayar segala kos perbelanjaan itu.

Malah si isteri telah berjanji untuk mengawal perbelanjaan namun ia hanya tinggal janji. -Sinar Harian Online-

Check Also

Rafizi Tinggalkan Dunia Politik

Rafizi Tinggalkan Dunia Politik?

Rafizi Tinggalkan Dunia Politik? Biar betul Rafizi Ramli ni. Habis rakyat perlukan anda untuk tunggu …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.