Home » HIBURAN » Gempar!!! Fizz Fairuz Dianiaya – ikuti kenyataan suami bekas tunang

Gempar!!! Fizz Fairuz Dianiaya – ikuti kenyataan suami bekas tunang

Assalamualaikum WBT

Gempar!!! Fizz Fairuz Dianiaya – ikuti kenyataan suami bekas tunang. Semalam aku ada cerita tentang pertunangan seorang pelakon popular Fizz Fairuz yang hanya bertahan 10 hari dan telah pun putus akibat telah ditipu oleh tunangan nya itu. Untuk cerita lanjut sila ke SINI 

Jadi aku ada la cari sumber untuk kepastian mungkin ada jawapan dari pihak sebelah perempuan atau sebaliknya.

 

Gempar!!! Fizz Fairuz Dianiaya - ikuti kenyataan suami bekas tunang
Gempar!!! Fizz Fairuz Dianiaya – ikuti kenyataan suami bekas tunang


Untuk itu suami kepada bekas tunang Fizz Fairuz telah pun mengeluarkan kenyataan beliau :

Kuala Lumpur: “Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan.“Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan,” kata suami kepada bekas tunangan pelakon, Fizz Fairuz, 34, yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli (bukan nama sebenar), 40-an. Bekas tunang fizz fairus pernah bernikah di Thailand.


Itu permintaan Ramli kepada masyarakat agar tidak terus menyalahkan Fizz selepas kecewa tindakan ‘malu’ isteri keduanya yang menipu aktor terbabit sehingga mengadakan majlis pertunangan secara diam dengan pelakon itu, 10 Februari lalu.


Muka depan Harian Metro semalam melaporkan Fizz berasa tertipu dengan tindakan seorang wanita berusia 26 tahun yang mengakui dirinya belum berkahwin sebelum mereka bertunang di Kuantan, Pahang.
Namun, empat hari selepas bertunang, barulah Fizz mengetahui tunangnya itu isteri orang sejurus dimaklumkan kawan kepada adik wanita itu dan memutuskan hubungannya, Ahad lalu.
Ramli berkata, punca isterinya bertindak demikian kerana kesunyian berikutan kurang diberi perhatian selepas mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.
“Wanita itu isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarganya (keluarga isteri kedua).


“Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz, sekali gus memburukkan namanya,” katanya memaklumkan sudah berjumpa pelakon itu di Subang Jaya, Sabtu lalu dan menceritakan segala-galanya.
Sumber memaklumkan, selepas berkahwin, pasangan itu tidak mendaftarkan perkahwinan mereka di mana-mana pejabat agama dalam negara.
Menurut Ramli, walaupun bergelar suami isteri, dia jarang berjumpa wanita itu selepas bimbang perkahwinan mereka diketahui isteri pertama.
“Biarpun sibuk, saya tetap membayar nafkah, menyediakan pakaian, tempat tinggal serta kenderaan,” katanya memaklumkan hanya berjumpa wanita itu beberapa kali dalam sebulan.
Menceritakan percintaan bersama Fizz, Ramli berkata, isterinya menggunakan telefon bimbit miliknya untuk berkomunikasi termasuk mengadakan temujanji untuk keluar bersama.
“Saya tidak meletakkan kesalahan itu ke atas Fizz kerana sepanjang perkenalan mereka, dia ditipu kononnya isteri saya belum berkahwin sehinggalah majlis pertunangan diatur,” katanya.
Kata Ramli, keluarga wanita itu turut tidak mengetahui kedudukan sebenar kerana isterinya tidak pernah memaklumkan mengenai perkahwinan mereka.


Menurutnya, Bekas tunang fizz  fairuz wanita itu kini masih isterinya yang sah biarpun perkahwinan di Thailand tidak didaftarkan. (SUMBER)


Tapi ada satu sumber dari bekas tunang Fizz pulak ni jom baca sama-sama jom kita tanya Abang Nara


p/s : Semoga mereka semua menyelesaikan masalah ini dengan baik

Check Also

Live Streaming Separuh Akhir Muzik-Muzik 35

Live Streaming Separuh Akhir Muzik-Muzik 35

Live Streaming Separuh Akhir Muzik-Muzik 35. Bagi peminat-peminat Muzik-Muzik 35 yang tidak dapat menyaksikan persembahan …

14 comments

  1. Alahai..kesian..apa yang berlaku ada hikmahnya..

  2. ramli bukan nama sebenar?hehehe…kawen nak tapi tau pulak takut isteri pertama tau!kira teraniaya jgk la kat bekas tunang fizz ni..Ramli2x….

  3. aik td dlm paper ex-tunang dia bg kenyataan lain

    adeh

    semuainipoyo.haha

  4. Salam.

    Berbelit2 juga jalan ceritanya. Lain pihak,lain katanya.

  5. semoga semuanya berakhir dengan baik…

  6. hangat isu nie….. tapi yg pompuan kata lain…yg laki kata lain….. siapa yg betul sekarang nie????? conpius!

  7. aiyarrrkkk, ape sudah jadi ni??? huuuuuuuuuuu….. macam2lah, xtahu mna yang betul.. lntaklah, jnji ena selesaikan mslh ena dlu.. ngeeee

  8. berita harian cakap lain, harian metro cakap lain..mana betul dah ni.. :p kita layan sejaaala 🙂

  9. macam2 version cerita ada kan phat, pape pun semoga masalah ni dpt diselesaikan secara elok..linda lgi suke tgok fizz dgn awek dia almy nadia tu 🙂

  10. hanya mereka je yg thu kisah sebenr2 nya kan..

Leave a Reply to inche hlovate Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.