Home » PERNIAGAAN » Google Android Tidak Boleh Diguna Oleh Huawei

Google Android Tidak Boleh Diguna Oleh Huawei

Google Android Tidak Boleh Diguna Oleh Huawei. Berita yang sangat mengejutkan dan telah mencetuskan panik terutama kepada mereka pengguna-pengguna peranti keluaran Huawei. Namun begitu, kita perlu baca satu persatu berita berkenaan perkara ini.

Google Android Tidak Boleh Diguna Oleh Huawei
Google Android Tidak Boleh Diguna Oleh Huawei

Gergasi internet Amerika Syarikat (AS) yang menguasai pasaran telefon pintar dengan sistem operasi mudah alih Android, memutuskan hubungan bersama firma China, Huawei yang dikatakan ancaman negara oleh Washington.

Di tengah-tengah perang dagangan bersama Beijing, Presiden Donald Trump melarang syarikat-syarikat AS daripada terbabit dengan urus niaga telekomunikasi bersama syarikat asing yang dikatakan mengancam keselamatan AS.

Langkah itu menyasarkan Huawei, gergasi telekomunikasi China yang disenaraikan oleh Jabatan Perdagangan sebagai antara firma yang mana syarikat AS hanya dibenarkan berurus niaga selepas mendapatkan lampu hijau daripada pihak berkuasa.

Larangan itu termasuk perkongsian teknologi.

“Kami sedang mematuhi arahan berkenaan dan menyemak semula implikasinya,” kata jurucakap Google kepada AFP.

Langkah itu akan memberikan implikasi dramatik memandangkan Google, sama seperti semua syarikat teknologi lain, perlu bekerjasama dengan pembuat telefon pintar bagi memastikan sistemnya sepadan dengan peranti.

Google akan terpaksa menghentikan aktiviti perniagaan bersama Huawei yang membabitkan pemindahan peralatan, perisian dan perkhidmatan teknikal yang tidak disediakan secara umum.

Ini bermakna, Huawei hanya boleh menggunakan versi sumber terbuka Android, kata sumber yang rapat dengan perkembangan itu kepada AFP.

Huawei tidak lagi mempunyai akses kepada aplikasi dan perkhidmatan Google, seperti perkhidmatan e-mel Gmail.

Huawei tidak memberikan maklum balas kepada permintaan untuk mendapatkan kenyataan.

Huawei adalah peneraju dalam teknologi 5G namun kekal bergantung kepada pembekal asing.

Ia membeli komponen bernilai AS$67 bilion setiap tahun, termasuk kira-kira AS$11 bilion daripada pembekal AS, menurut akhbar perniagaan The Nikkei. – AFP/BH

Check Also

Ringgit Malaysia Turun Berbanding Dollar Amerika

Ringgit Malaysia Turun Berbanding Dollar Amerika

Ringgit Malaysia Turun Berbanding Dollar Amerika. Ringgit meneruskan aliran harga menurunkan berbanding dolar Amerika Syarikat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.