Google Street View Boleh Guna Di Malaysia
Tahukah anda bahawa Google Street View Boleh Guna Di Malaysia?
Google Street View adalah perkhidmatan yang membolehkan pengguna ‘berjalan’ di atas jalanraya dan meninjau keadaan di sekelilingnya.
Sebelum ini Google Street View hanya boleh di gunakan di beberapa tempat yang terkenal di dunia, kini ianya sudah boleh digunakan di seluruh semenanjung Malaysia.
Pendek kata jika anda rindukan kampung halaman anda hanya perlu menggunakan Google Street View untuk melihat rumah kampung anda.
Tetapi harus diingat mungkin tidak semua tempat yang Google Street View ini “cover” sebab ia pun sesuatu yang baru di Malaysia.
Pengguna di Malaysia boleh menggunakan untuk “view” jalan-jalan di Malaysia bermula 26 September 2014 seperti yang dinyatakan dalam wikipedia. Jom guna Google Street View.
p/s : Lepas rindu kat kampung dapat view kampung kat Google Street View