Group FB Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Cetus Fenomena. Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini semua rakyat Malaysia yang tidak mempunyai keperluan untuk keluar rumah akan duduk sahaja di rumah.
Seperti yang telah disebutkan oleh YAB Perdana Menteri sebelum ini suami yang pakai baju kelawar isteri, ada yang kayuh basikal terbalik dan bermacam-macam lagi.
Sudah pasti memasak juga adalah benda yang wajib kita semua lakukan di rumah kan? Jadi PKP kita gunakan untuk cuba kehebatan memasak masing-masing, cuba resipi baru bergurukan youtube dan facebook.
Apabila kita mencuba resipi baru pasti akan jadi, tak jadi, lupa nak hidupkan api, lupa nak on suis periuk dan bermacam-macam lagi perkara yang luar jangkaan berlaku.
Jadi atas perkara-perkara inilah ada satu group facebook yang ditubuhkan untuk ahli-ahli group berkongsi pengalaman, gambar, video dan apa sahaja berkaitan dengan resipi masakan yang tidak menjadi.
Group ini baru sahaja berusia 5 hari dan telah pun mencapai jumlah ahli lebih sejuta orang pada hari ini 20 April 2020. Rata-rata netizen begitu teruja untuk sama-sama menyertai group ini kerana ada diantara posting yang dibuat oleh rakan lain adalah sama pengalaman dengan diri sendiri.
Jadi anda jangan lupa untuk join group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official