Home » BERITA » Guna Logo Halal Tidak Sah 27 Tan Kurma Dirampas

Guna Logo Halal Tidak Sah 27 Tan Kurma Dirampas

Guna Logo Halal Tidak Sah 27 Tan Kurma Dirampas. Sebuah gudang yang menempatkan pelbagai jenis kurma di Bandar Perda di sini, diserbu Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) negeri, hari ini.

Guna Logo Halal Tidak Sah 27 Tan Kurma Dirampas
Guna Logo Halal Tidak Sah 27 Tan Kurma Dirampas

Dalam serbuan jam 11 pagi itu, pelbagai jenis produk kurma bernilai RM448,000 dirampas berikutan kesalahan menggunakan logo halal tanpa kebenaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pengarah PPDNHEP negeri, Mohd Ridzuan Ab Ghapar, berkata serbuan itu dijalankan dengan kerjasama pegawai daripada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP).

“Serbuan membabitkan enam penguat kuasa PPDNHEP dan dua pegawai JAIPP itu diadakan selepas jabatan berkenaan menerima aduan daripada orang awam berhubung penggunaan logo halal terbabit.

“Pemilik didapati membekal dan memasarkan kurma ini dengan menggunakan penandaan halal tanpa mendapat kebenaran daripada JAKIM.

“Susulan itu, kita menyita 27 tan kurma bernilai RM448,000,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Difahamkan, kurma itu diimport dari pelbagai negara sebelum ia dipasarkan di sekitar utara Semenanjung.

Mohd Ridzuan berkata, siasatan awal mendapati premis itu beroperasi sejak tiga tahun lalu, selain tidak pernah memohon untuk mendapatkan penandaan logo halal sah.

“Pemilik sebaliknya memberi alasan tidak munasabah dengan menyatakan dia tidak tahu bahawa perlu memohon terlebih dahulu bagi mendapatkan kebenaran sebelum menggunakan logo halal.

“Semua peniaga dinasihatkan tidak sewenang-wenangnya menggunakan tanda halal yang tidak sah kerana ia boleh mendatangkan keraguan dalam kalangan pengguna Muslim,” katanya.

Beliau berkata, kes terbabit disiasat mengikut Perintah 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 kerana menggunakan logo halal tanpa kebenaran pihak berkuasa berwibawa.

“Jika sabit kesalahan, pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak melebihi RM250,000 dan bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi RM500,000.

“Bagi bukan pertubuhan perbadanan pula boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan untuk kesalahan kedua atau berikutnya didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya,” katanya. -BH-

Check Also

Bekas Pembantu Tadbir Dipenjara 584 Tahun

Bekas Pembantu Tadbir Dipenjara 584 Tahun

Bekas Pembantu Tadbir Dipenjara 584 Tahun dan dikenakan sebatan sebanyak 146 kali. Agak mengejutkan apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.