Home » HIBURAN » Hanis Zalikha dalam “Mad Markets”

Hanis Zalikha dalam “Mad Markets”

Assalamualaikum WBT

Terkejut tak tengok tajuk entry ni?? Nape tetiba je ada nama Hanis Zalikha..sape yang tak kenal dia ye tak? Aku percaya geng geng blogger mesti kenal ngan dia..pastu mesti jadikan dia macam idola dalam berblog terutama geng geng blogger perempuan..Hanis Zalikha dalam “Mad Markets”.

 

Malam tadi aku dok layan tv9 cerita “hangitnya raya” pastu dok usha info kat remote astro aku ada pulak cite “Mad Markets”..host cerita tu si Hanis Zalikha ni la..program ni berbentuk santai di mana beliau akan pergi ke destinasi destinasi terpilih untuk shopping..so kepada kaki kaki shopping jangan lupa tengok rancangan ni..best weh..

Hanis Zalikha dalam "Mad Markets"
Hanis Zalikha dalam “Mad Markets”

Setiap episod Hanis akan jemput seorang rakan dia tau..malam tadi si Maria Elena yang sempoi tu jadi peneman Hanis..memang happening aku tengok..nampak bersahaja je dia orang berdua tu…malam tadi dia orang g shopping kat Melaka..

Tak sabar pulak nak tunggu episod seterus nya mana tau..ada kalangan kawan-kawan phat yang lain si Hanis ni jemput untuk join dia dalam rancangan tu..ye la kan rezeki kita mana tau kan kan…so korang yang tak tengok episod malam tadi..jgn lupa minggu depan pulak 10.30 malam hari rabu di TV9..eh aku ni macam keje TV9 lak..haha..

Ok la..ini sahaja yang aku nak kongsi untuk hari ini..layan promo kat bawah ni yek

Check Also

Biodata Profil Sham Visa Tony Stark Malaysia

Biodata Profil Sham Visa Tony Stark Malaysia

Biodata Profil Sham Visa Tony Stark Malaysia. Pastinya ramai yang kurang mengenali siapa sebenarnya Sham …

23 comments

  1. Untunglah jadi blogger femes ~ Boleh masuk tv ~

  2. alaaaaaaaaaaaa..xdpt nk tgk T_T

  3. ada rupa.. patutlah terpilih.. untung jadi blogger famous.. huhuhu

  4. smlm tengok..dia dgn blog peliks tu kan..comel diorg..

  5. smlm nak tgk tp husben tukar channel.dia kata gedik.haha..biasala kan pompuan.sibuk je kita nak tgk, dia tukar channel.

  6. X sabar nk tggu episode akn dtg???syok kan dpt tgk prmpn cantik mengacara??…slmat meneruskan niat murni anda menonton episod ni sampai habis….

  7. la…ye ke..tak sempat nak tengok la pulok

  8. mungkin saya orang yg ketinggalan coz saya tak pernah kenal pun dia -__-
    pasni kena la rajin bergoogle .
    haha !

  9. kenapa ko update entri pasal awek aku??hahahaha

  10. remy tak sempat langsung nak tgk….. byr astro membazir jer……hu3

  11. sy pon tgk smlm .. mmg dy dah mula berjinak ke dunia hiburan dah skrg … model , blakon , now pngacara pulak .. rezeki dy 🙂

  12. pndai dorg cari host hehee..habis lah retis mlysia semua retis blogger kauttt hehee :p

  13. bestnyeee..dh la disponsor kan..belum sempat tgk lagi prog niii

  14. maria elena pun ada..tengok muka hanis zalikha dalam news terus menjerit panggil nama dia.. macam orang meroyan dah.. hehehe 😀

  15. tak tengok n tak kenai lah phat >_< sowwiiieeeee

  16. ada tgk aritu.. mlm ni 2nd episode ^^

  17. sinngah 4 tempat nie plak, intresting…. 🙂
    skali pergi, mesti bukak selalu…

    http://sy.my/33u3
    http://sy.my/3323
    http://sy.my/33u8
    http://sy.my/31vj

  18. suka hanis zalikha…haitt sempat pulak org ats ni promot iklan die.. lol larikk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.