Home » Uncategorized » Harapan Amran aka Meran Tentang Bajet 2015

Harapan Amran aka Meran Tentang Bajet 2015

Harapan Amran aka Meran Tentang Bajet 2015

Sempena hari pembentangan bajet 2015 hari ni . Amran selaku Ketua Pemuda Barisan Nasional ingin menyuarakan harapan sikit sebanyak yang mungkin dapat membantu korang semua .

Amran mulakan dengan bacaan bismillahirahmannirrahim .

Gaji :-
Amran harap Dato Seri Najib Shippuden dapat menaikkan lagi gaji Menteri sebanyak yg mungkin . Kesian sangat dah Amran tengok Menteri ni . Jika gaji Menteri RM 6500 terpaksa Menteri ” ikat perut ” apatah lagi rakyat venuzuela yang bergaji RM 700 ( kerja kilang biskut ) kemungkinan mereka didalam kategori ” ikat leher ” dan ” Ikat usus ” dari perut mereka dimasuki angin .

Minyak :-
Amran harap Dato Seri Najib dapat menaikkan lagi harga minyak setinggi yg boleh . Sepanjang Amran bekerja di stesen minyak ini , tidak pernah sesekali waktu pun stesen minyak ini kosong dari pelanggan . Ini bermakna mereka masih mampu untuk mengisi minyak walaupun minyak dinaikkan harganya . Hmm

Pendidikan:-
Merujuk kepada sistem pendidikan . Amran berharap Dato Seri Najib dapat menyenaraikan nama nama mereka yg telah berhutang dengan PTPTN . Biarkan mereka tahu , pandai berhutang pandai bayar . Sedangkan isi minyak setitis juga dikira , ini kan pulak duit kerajaan yg telah dipinjam . Hmm

Hiburan:-
Kami sebagai rakyat , perlukan hiburan . Hanya Kerajaan yg dapat menyediakan hiburan untuk kami . Amran harap Dato Seri dapat menyediakan lebih banyak pusat hiburan seperti :- kelab malam , karaoke 5 star , pusat urut , urut pusat , pusat urut pusat , urut urut pusat dan korek pusat cium dan bau . Hmm

Perkhidmatan Awam:-
Selari dengan pembentangan bajet . Amran berharap agar Dato Seri dapat menyediakan perkhidmatan awam seperti kipas helicopter doraemon Alee Utoo , Pintu sesuka hati Doraemon , Kocek serbaguna Doraemon , Alat penjejak suara Doraemon . Huhu

Akta Hasutan:-
Amran berharap jugak , Dato Seri Al Fadhil Haji Najib The Last AirBlender Naruto Shippuden Sasuke Sheringan Orichimaru Hokage ke 5 Penjejak Wira Hikmat Putaran 20000 HP Son Goku Bezita Bulma Sinetron Anakku Bukan Anakku Ibnu Razak The Last Man Standing dapat mengekalkan Akta Hasutan . Agar dengan Akta Hasutan ini rakyat akan lebih takut dan tidak berani bersuara tentang segala apa keputusan Dato Seri .

Akhir kata , yang baik itu datangnya dari Amran selaku ketua Pemuda Barisan Nasional , yang buruk itu datangnya dari Puak Pembangkang yg melawan kerajaan . Huhu

p/s : aku copy paste dari FB Meran. suka baca x suka dok diam.adeh sakit perut admin

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.