Home » Uncategorized » Hard Rock Cafe Tidak Akan Dibina Di Putrajaya

Hard Rock Cafe Tidak Akan Dibina Di Putrajaya

Baru-baru ini ada berita mengatakan bahawa ada cadangan Hard Rock Cafe akan dibuka di Putrajaya. Ini menimbulkan banyak respon di kalangan rakyat Malaysia yang rata-rata memang tidak setuju dengan cadangan itu.

Jadi untuk pencerahan semua pihak Presiden Perbadanan Putrajaya Y.Bhg Tan Sri Dato’ Seri Dr. Aseh Hj. Che Mat telah pun mengeluarkan kenyataan di laman FB rasmi beliau bahawa cadangan pembinaan Hard Rock cafe ini ditolak.

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

 

Beliau dalam kenyataan nya juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan pendapat dan prihatin dengan perkara ini. 

Berikut adalah kenyataan beliau :

Saya menerima kunjungan Tan Sri Syed Yusof bin Tun Syed Nasir ke Putrajaya dimana beliau berhasrat untuk melabur hartanah dalam bidang perhotelan serta kemungkinan membuka Hard Rock Cafe. Namun tidak ada permohonan pun yang telah dibuat. Oleh itu, soal membuat keputusan tidaklah timbul sama sekali.

Setelah mendengar dengan perihatin keatas bantahan dan keluhan semua pihak, saya ingin menegaskan bahawa Perbadanan Putrajaya tetap tegas dengan prinsip serta peraturan ketat yang tidak membenarkan unsur2 penjualan arak dan hiburan yang tidak bersesuaian demi menjaga kesucian dan imej Putrajaya sebagai Pusat pentadbiran kerajaan. Saya mohon maaf jika isu ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan keresahan dikalangan rakyat Malaysia.

p/s : syukur Alhamdulillah

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.