Home » SUKAN » Harga Tiket Final Piala FA 2019 RM50

Harga Tiket Final Piala FA 2019 RM50

Harga Tiket Final Piala FA 2019 RM50. Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola yang diadakan pihak Malaysia Football League (MFL) bersama-sama wakil Perak FA dan Kedah FA serta wakil kelab penyokong telah menetapkan bahawa sebanyak 80,000 tiket perlawanan akhir Shopee Piala FA akan dikeluarkan.

Harga Tiket Final Piala FA 2019 RM50
Harga Tiket Final Piala FA 2019 RM50

Daripada 80,000 keping tiket itu, 2000 daripadanya adalah tiket kanak-kanak bawah 12 tahun.

Agihan tiket tersebut bakal memperuntukkan sebanyak 30,000 tiket dewasa dan 750 tiket kanak-kanak kepada setiap pasukan.

Manakala baki 18,000 keping tiket lagi serta 500 keping tiket kanak-kanak akan dijual secara dalam talian di tickethotline.

Seperti kebiasaan, harga tiket yang telah ditetapkan bagi perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil itu ialah RM50 bagi dewasa manakala RM5 untuk kanak-kanak.

Penjualan tiket di negeri-negeri terlibat dijangka akan bermula sekitar 23 hingga 24 Julai ini.

Antara agenda penting lain yang menjadi tumpuan pada mesyuarat ini adalah berkenaan isu keselamatan dan teknikal perlawanan.

Dalam pada itu, bagi mewujudkan semangat harmoni dan perpaduan dalam kalangan penyokong kedua-dua pasukan, pihak MFL akan mengadakan ‘Viking Clap’ secara besar-bersaran yang dilakukan penyokong Perak dan Kedah sebelum sepak mula saingan nanti.

Perak berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir selepas menundukkan Pahang menerusi aggregat 4-3 manakala Kedah pula melepasi cabaran Felda United untuk mara dengan kelebihan jaringan di tempat lawan selepas terikat 3-3. – Semuanya Bola –

Check Also

Sabah Dinobatkan Juara Liga Perdana 2019

Sabah Dinobatkan Juara Liga Perdana 2019

Sabah Dinobatkan Juara Liga Perdana 2019. Sabah mengesahkan kejuaraan Liga Perdana musim ini selepas menundukkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.