Home » BERITA » Hari Terakhir Hospital Bersalin Kuala Lumpur

Hari Terakhir Hospital Bersalin Kuala Lumpur

Hari Terakhir Hospital Bersalin Kuala Lumpur. Bermula 17 September 2019, tiada lagi bangunan Hospital Bersalin Kuala Luala Lumpur selepas hampir 56 tahun beroperasi.

Hari Terakhir Hospital Bersalin Kuala Lumpur
Hari Terakhir Hospital Bersalin Kuala Lumpur

Bangunan yang terletak dalam Hospital Kuala Lumpur (HKL) itu menyimpan 1,001 nostalgia terutama pada individu yang pernah melahirkan anak dan dilahirkan di situ.

Seorang kakitangan HKL, Sobri Tayab berkongsi kesedihan mengenai penutupan hospital itu menerusi akaun Facebook miliknya.

“Ramai warga Kuala Lumpur yang dilahirkan di sini. Ramai warga Kuala Lumpur dan warga Malaysia yang mempunyai kenangan suka duka di Hospital Bersalin.

“Ada yang nenek, ibu dan dia dilahirkan di Hospital Bersalin. Hospital Bersalin telah melahirkan ramai pakar sakit puan, matron (penyelia jururawat), sister (ketua jururawat) dan jururawat terlatih,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd. Nur Iqdham, warganet di Facebook berkata, Hospital Bersalin Kuala Lumpur itu banyak membantunya.

“Banyak jasanya pada kami terutama di klinik fertiliti, terima kasih,” tulisnya.

Bagi Jawanis Rasyidin pula, ketiga-tiga anaknya telah selamat dilahirkan di hospital tersebut.

“Tiga orang anak lahir di sini, 1988, 1991 dan 1993. Tak dapat saya lupakan, terima kasih,” katanya.

Menurut Fasehah Mohd. Munir pula, hospital tersebut menyimpan banyak kenangan terindah dalam hidupnya.

“Banyak kenangan di Hospital Bersalin Kuala Lumpur. Dilahirkan jua di sini, dua anakku jua ku lahirkan di sini. Suka dua di sini,” katanya.

Hospital Bersalin Kuala Lumpur dinaik taraf kepada Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (WACH) yang dibuka secara berperingkat untuk penempatan pesakit. – UTUSAN ONLINE

Check Also

Kronologi Penuh Kes Bunuh Kerat 8 di Melaka

Kronologi Penuh Kes Bunuh Kerat 8 di Melaka

Kronologi Penuh Kes Bunuh Kerat 8 di Melaka. Kepala dua beranak yang dibunuh dalam keadaan …

One comment

  1. Di sinilah penempatan pertamaku sbg housemen pd 10.05.1982, di sinilah bermulanya kerjayaku sbg pengamal perubatan…saat yg tak dpt dilupakan semasa bertugas di sini ialah ketika perlawanan akhir badminton piala dunia antara Misbun Sidek vs Lim Swee Keng…masa tu tak ada staff di labour room yg pandai/berani jahit simple epi wound, terpaksalah housemen ni sahut call tu…itu sbb Misbun kalah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.