Home » BERITA » Harimau Jinak Awang Besol Disahkan Mati

Harimau Jinak Awang Besol Disahkan Mati

Harimau Jinak Awang Besol Disahkan Mati. Seekor Harimau Malaya yang gemparkan negara ketika ditemui jinak berkeliaran di sebuah kampung di Bukit Besi minggu lalu dikenali Awang Besol disahkan telah mati di Pusat Menyelamat Hidupan Liar di Sungkai, Perak pukul 5.30 pagi tadi.

Harimau Jinak Awang Besol Disahkan Mati

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) dalam satu kenyataan berkata, Harimau Malaya ini ditemui kecederaan pada kaki, keradangan mata dan dehidrasi.

Kenyataan itu juga menyebut, terdapat juga tanda-tanda klinikal neurologi iaitu tidak agresif, berpusing satu arah, sawan dan jangkitan saluran pernafasan.

Tambah kenyataan itu, haiwan ini disahkan positif virus Canine Distemper yang disebarkan oleh haiwan liar di kawasan ia dijumpai. – K! ONLINE

Check Also

Lelaki Langgar Syed Danial Didakwa Membunuh

Lelaki Langgar Syed Danial Didakwa Membunuh

Lelaki Langgar Syed Danial Didakwa Membunuh. Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang di sini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.