Home » BERITA » Helikopter Nuri Lakukan Pendaratan Cemas Di Kem

Helikopter Nuri Lakukan Pendaratan Cemas Di Kem

Helikopter Nuri Lakukan Pendaratan Cemas Di Kem Gubir, Kedah. Sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan cemas di dalam kawasan Kem Gubir, Kedah, kira-kira jam 3.00 petang tadi.

Helikopter Nuri Lakukan Pendaratan Cemas Di Kem
Helikopter Nuri Lakukan Pendaratan Cemas Di Kem

TUDM dalam kenyataan media berkata, pesawat yang berpangkalan di Pangkalan Udara Butterworth ini sedang melaksanakan penerbangan yang membawa empat anak kapal dan 11 anggota Tentera Darat Malaysia untuk misi ulang bekal.

“Semua anak kapal termasuk penumpang helikopter selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

“Kesemua mereka telah diberi rawatan oleh pasukan perubatan tentera yang bertugas di kem tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.

TUDM telah menghantar pasukan penyelamat ke kawasan insiden dan akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian. – Sinar Harian –

Check Also

Ahli Parlimen Tanjung Piai Meninggal Dunia

Ahli Parlimen Tanjung Piai Meninggal Dunia

Ahli Parlimen Tanjung Piai Meninggal Dunia. Ahli Parlimen Tanjung Piai dan juga merupakan Timbalan Menteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.