Home » HIBURAN » Diragut Kali Kedua Pelakon Yasmin Hani Trauma

Diragut Kali Kedua Pelakon Yasmin Hani Trauma

 

Hot!!! Diragut Kali Kedua Pelakon Yasmin Hani Trauma
Hot!!! Diragut Kali Kedua Pelakon Yasmin Hani Trauma

Hot!!! Diragut Kali Kedua Pelakon Yasmin Hani Trauma. Kuala Lumpur: “Saya masih trauma dengan apa yang berlaku. Kejadian itu berlaku terlalu pantas dan nasib baik saya sempat menyelamatkan beg tangan saya,” kata pengacara dan pelakon, Yasmin Hani Ismail Richardson yang mengalami kejadian diragut pada 1 April lalu. Menurutnya, kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat Persiaran Surian di Sunway, di sini, jam 9.45 pagi itu membuatkan dia trauma untuk memandu seorang diri.

Dia yang ketika itu dalam perjalanan ke lokasi penggambaran drama bersiri, Kisah Cinta Uda dan Dara terpaksa bergelut beberapa saat dengan peragut yang menaiki motosikal sebelum peragut melarikan diri.

“Ini pengalaman kedua saya diragut. Dulu, saya diragut ketika melintas jalan, tetapi kali ini saya sempat menarik beg tangan saya yang diletakkan di kerusi sebelah pemandu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Pelakon popular drama bersiri Pucuk Muda Kerabu Taugeh ini menyatakan peragut terbabit bertindak menumbuk dan memecahkan cermin keretanya yang ketika itu berhenti menunggu lampu isyarat.

SUMBER : MY METRO

Check Also

Sebab Datuk Rizalman Bersara Dari Bidang Fesyen

Sebab Datuk Rizalman Bersara Dari Bidang Fesyen

Sebab Datuk Rizalman Bersara Dari Bidang Fesyen. Pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman mengumumkan bahawa beliau …

4 comments

  1. berani giler peragut zaman sekrg ni

  2. kena berhati2 lepas ni… takut peragut tu bawa parang je… masyaAllah takut betul!

  3. Kt trafic light pon lah nk ragut2 bagai.trdesak betol

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.