Home » BERITA » Hukuman Rejam Sampai Mati LGBT Di Brunei

Hukuman Rejam Sampai Mati LGBT Di Brunei

Hukuman Rejam Sampai Mati LGBT Di Brunei. Kerajaan Brunei Darussalam hari ini, secara rasmi meluluskan hukuman rejam sampai mati terhadap pesalah homoseksual dilaksanakan di negara itu, selepas tertangguh sejak 2013.

Hukuman Rejam Sampai Mati LGBT Di Brunei
Hukuman Rejam Sampai Mati LGBT Di Brunei

Undang-undang jenayah syariah itu yang turut mengandungi hukuman potong tangan bagi kesalahan mencuri, dan zina, dicadangkan pada 2013, tetapi pelaksanaannya tertangguh susulan bentaha pihak luar.

Bagaimanapun, dalam ucapan ke seluruh negara sempena sambutan Isra dan Mikraj di sini hari ini, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah menyeru usaha pemerkasaan ajaran Islam dipertingkatkan, tetapi tidak menyebut mengenai hukum hudud itu.

“Beta mahu melihat ajaran Islam di negara ini menjadi lebih kuat.

“Saya ingin menekankan bahawa negara Brunei adalah … negara yang sentiasa mengabdikan diri kepada Allah,” titah baginda menerusi siaran langsung di televisyen.

Memetik agensi berita asing, pegawai kerajaan Brunei kemudian mengesahkan hukuman syariah itu mula berkuat kuasa, hari ini.

Undang-undang itu turut menetapkan hukuman mati bagi beberapa kesalahan jenayah, termasuk rogol, zina, sodomi, rompakan, dan menghina Nabi Muhammad.

Ia juga turut mengenakan hukuman rotan di khalayak bagi kes pengguguran bayi, dan mendedahkan kanak-kanak Islam kepada kepercayaan agama selain daripada Islam.

Undang-undang itu menjadikan Brunei negara pertama di Timur atau Asia Tenggara yang menguatkuasakan kanun jenayah yang baharu di peringkat kebangsaan, menyertai hukuman sama dilakukan beberapa negara Timur Tengah, termasuk Arab Saudi. – Agensi

Check Also

2 Suspek Bunuh Pemandu Grab Berdepan Hukuman Mati

2 Suspek Bunuh Pemandu Grab Berdepan Hukuman Mati

2 Suspek Bunuh Pemandu Grab Berdepan Hukuman Mati. Dua suspek yang didakwa membunuh seorang pemandu …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.