Home » BERITA » Ibu Sembelih 2 Anak di Sungai Petani

Ibu Sembelih 2 Anak di Sungai Petani

Kejam dan sungguh menyayat hati apabila mengetahui berita Ibu Sembelih 2 Anak di Sungai Petani sebentar tadi. Untuk berita penuh tentang kejadian tersebut admin kongsikan kepada anda laporan berita dari BH Online. Macam-macam kes terjadi di negara kita sejak kebelakangan ini bukan. Semoga kita semua dilindungi dari sebarang kejadian yang tidak diingini.

SUNGAI PETANI: Dua beradik berusia dua tahun empat bulan dan enam tahun ditemui mati, dipercayai disembelih ibu mereka sendiri di kediaman mereka di Taman Wira Indah, Sungai Petani, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, kanak-kanak lelaki dan kakaknya itu ditemui di dua bilik tidur mereka dalam keadaan berlumuran darah. Jurucakap polis berkata, ahli keluarga lain yang menyedari kejadian itu kemudian menghubungi pihak polis.

“Polis datang tidak lama kemudian lalu menahan suspek dan membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk tindakan selanjutnya. “Pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah kini sedang menjalankan siasatan lanjut.-sumber gambar dan berita dari BH Online-

Ibu Sembelih 2 Anak di Sungai Petani
Ibu Sembelih 2 Anak di Sungai Petani

Check Also

Kronologi Penuh Kes Bunuh Kerat 8 di Melaka

Kronologi Penuh Kes Bunuh Kerat 8 di Melaka

Kronologi Penuh Kes Bunuh Kerat 8 di Melaka. Kepala dua beranak yang dibunuh dalam keadaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.