Home » BERITA » Identiti 7 Mangsa Maut Kemalangan Simpang Pulai Dikenalpasti

Identiti 7 Mangsa Maut Kemalangan Simpang Pulai Dikenalpasti

Identiti 7 Mangsa Maut Kemalangan Simpang Pulai Dikenalpasti. Salam Takziah dan mari sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah untuk semua yang terlibat dengan nahas ini.

Memetik laporan BH Online berikut adalah laporan penuh dengan berkaitan nahas yang meragut banyak nyawa ini.

Identiti 7 Mangsa Maut Kemalangan Simpang Pulai Dikenalpasti
Identiti 7 Mangsa Maut Kemalangan Simpang Pulai Dikenalpasti

Identiti tujuh mangsa kemalangan maut di Simpang Pulai menghala ke Cameron Highlands, di sini, semalam sudah dikenal pasti, termasuk dua pasangan suami isteri serta anak masing-masing.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, berkata pasangan suami isteri itu dikenali sebagai Mohd Zairul Mat Isa, 34 yang juga pemandu kenderaan dan isterinya Nuratiqah Abd Hamid, 30.

Sepasang lagi suami isteri adalah sepupu Mohd Zairul iaitu Hasliza Mahmud, 40 dan suaminya Zulkifli Shuib, 41.

Turut maut, ibu serta anak perempuan kepada Mohd Zairul iaitu Fatimah Mat Isa, 68; serta Nur Qaseh Damia Mohd Zairul, 4, manakala seorang lagi adalah anak tiri Hasliza, Mohd Alif Firdaus, 3.

A Asmadi berkata, siasatan awal mendapati kenderaan dipandu Mohd Zairul dalam perjalanan dari Cameron Highlands menghala Simpang Pulai hilang kawalan sebelum terbabas dan memasuki laluan treler yang datang dari arah bertentangan.

“Kenderaan itu kemudiannya merempuh bahagian hadapan treler berkenaan yang dipandu lelaki berusia 32 tahun sebelum terbalik menyebabkan tujuh maut sementara tiga lagi penumpang terperangkap dalam kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tiga mangsa yang terperangkap itu kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh dikenal pasti sebagai anak kandung Hasliza, Firash Mikhael Azrie Shah, 11 dan seorang remaja lelaki yang setakat ini hanya dikenali sebagai ‘Apit’, 16.

Seorang lagi mangsa iaitu anak kepada pasangan Mohd Zairul dan Nuratiqah iaitu Muhammad Haziq Zikri Mohd Zairul, 9, dirawat di Zon Kuning sementara pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

Semalam, BH melaporkan tragedi kemalangan maut di Jalan Keramat Pulai menghala ke Cameron Highlands apabila kereta Perodua Alza yang dinaiki 10 mangsa merempuh treler di laluan bertentangan.

Sementara itu, abang kepada Mohd Zairul, Mohd Zakri Mat Isa, 37, ketika ditemui di Unit Forensik HRPB, berkata

semua mangsa berasal dari dua buah kampung berbeza di Serdang, Kedah dan kesemua mereka dalam perjalanan pulang dari bercuti di Cameron Highlands.

Check Also

Live Streaming Perutusan Khas YAB Perdana Menteri 15 September 2020

Live Streaming Perutusan Khas YAB Perdana Menteri 15 September 2020

Live Streaming Perutusan Khas YAB Perdana Menteri 15 September 2020. Jangan lupa untuk saksikan perutusan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.