Home » BERITA » IKEA Cheras Dibuka 19 November 2015

IKEA Cheras Dibuka 19 November 2015

IKEA Cheras Dibuka 19 November 2015
IKEA Cheras Dibuka 19 November 2015

Sudah pasti berita baik bagi semua pelanggan-pelanggan barangan IKEA di Malaysia. Cawangan kedua IKEA dengan rasminya dibuka 19 November 2015. Cawangan kedua IKEA di Malaysia tersebut adalah di Cheras. Jadi untuk maklumat lanjut berkaitan berita IKEA Cheras Dibuka 19 November 2015 ini jom kita baca laporan dari BH Online.

KUALA LUMPUR: IKEA, pengendali pusat beli belah barangan kelengkapan rumah terus mengukuhkan kedudukannya di Malaysia menerusi pembukaan gedung keduanya di Jalan Cochrane, Cheras. IKEA Cheras yang meliputi ruang beli belah seluas 42,000 meter persegi adalah 20 peratus lebih besar daripada gedung pertamanya di Damansara.

Pengarah Urusan IKEA Malaysia, Singapura dan Thailand, Christian Rojkjaer, berkata IKEA Cheras menjadi suatu petanda penting dalam rancangan pengembangan jangka panjang syarikat di seluruh Asia Tenggara. Katanya, dengan pembukaan gedung baharu itu, IKEA kini memiliki sejumlah lima gedung barangan kelengkapan rumah rekaan Sweden di rantau ini.

“Dengan pertambahan penduduk dan keperluan yang semakin meningkat, Malaysia akan terus kekal sebagai antara pasaran penting bagi IKEA. “Kami akan terus mencari peluang untuk mengembangkan perniagaan di negara ini,” katanya pada pembukaan dan perasmian IKEA Cheras, di sini, pagi ini.

Yang turut hadir, Pengarah Peruncitan IKEA Malaysia, Singapura dan Thailand, Mike King. IKEA Cheras menawarkan 56 ruang pameran dan lebih 8,500 produk yang bersesuaian dengan kediaman Malaysia. Menjanjikan lebih keselesaan, gedung itu juga dilengkapi dengan kemudahan yang mampu menampung 780 tempat duduk di restoran dan lebih 1,700 tempat letak kereta.

 

Check Also

Bekas Pembantu Tadbir Dipenjara 584 Tahun

Bekas Pembantu Tadbir Dipenjara 584 Tahun

Bekas Pembantu Tadbir Dipenjara 584 Tahun dan dikenakan sebatan sebanyak 146 kali. Agak mengejutkan apabila …

One comment

  1. Balik ni boleh singgah..x pun tunggu gaji next week..baru syok nak cuci mata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.