Iklan Jawatan Kosong Di SUK Negeri Sembilan 2019. Jawatan kosong ini adalah terbuka kepada mereka-mereka yang mempunyai keterampilan yang baik, mempunyai semangat yang tinggi, boleh bekerja dalam kumpulan, mempunyai bakat kepimpinan, mempunyai ciri-ciri diri yang cemerlang dan mempunyai kelayakan atau profesionalisme yang sesuai dengan jawatan. Iklan Jawatan Kosong SUK Negeri Sembilan ini adalah untuk mereka yang berkelayakan SPM/SKM (Kumpulan Pelaksana).
Iklan Jawatan Kosong SUK Negeri Sembilan adalah seperti berikut :-
1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 ( 80 kekosongan )
Untuk tambahan jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 juga dibuka untuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan jumlah kekosongan 136.
Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan. Tempoh sah laku permohonan adalah selama setahun. Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian atau Jabatan dan hanya calon yang berjaya tapisan akan dipanggil untuk temuduga.
Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan permohonan masih lagi dalam tempoh sah laku. Tarikh tutup permohonan baru adalah 28 April 2019 jam 11.59 malam.
Untuk mendapatkan maklumat penuh berkaitan dengan jawatan sila terus ke pautan INI.Untuk memohon secara online anda hanya perlu layari laman sesawang SPA. Semoga berjaya.