Lebih banyak peluang pekerjaan untuk sektor awam dibuka bermula bulan September 2017. Kali ini terdapat Iklan Jawatan Kosong FRIM 2017 untuk semua rakyat Malaysia isi. Jadi sebelum kita pergi lebih terperinci dengan Iklan Jawatan Kosong FRIM 2017 ini, admin kongsikan kepada semua apakah latar belakang FRIM atau Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia ini.
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) ialah salah sebuah institusi yang terkemuka dalam penyelidikan perhutanan tropika di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1929, FRIM yang dahulunya dikenali sebagai Institut Penyelidikan Perhutanan (IPP) menjadi sebuah badan berkanun sepenuhnya dengan ditadbir oleh Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (MFRDB) di bawah Kementerian Perusahaan Utama pada 1985.
Sejak tahun 2003, kedua-dua FRIM dan MFRDB telah dipindahkan ke bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Institut ini terletak di kawasan seluas 545 hektar bersebelahan dengan Hutan Simpan Bukit Lagong di perbandaran Kepong, kira-kira 16 km barat laut dari Kuala Lumpur. FRIM yang diterajui Dato’ Dr Abd Latif Mohmod sebagai Ketua Pengarah semenjak tahun 2008 telah dianugerahkan pensijilan MS ISO 9001:2000 pada Disember 2007. FRIM kemudiannya telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Semula Jadi pada 10 Februari 2009 di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005, dan diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan di bawah akta yang sama pada 10 Mei 2012.
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), sebuah agensi penyelidikan utama dalam bidang perhutanan negara ini di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mempelawa calon-calon yang berkelayakan, komited dan bertanggungjawab untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:
1. PEGAWAI PENYELIDIK Q41 – 05 Kekosongan
2. PEMBANTU PENYELIDIK Q19 – 04 Kekosongan
3. PENGAWAS HUTAN G19 – 02 Kekosongan
4. PENOLONG PEMELIHARA HUTAN G29 – 01 Kekosongan
5. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK Q29 – 02 Kekosongan
6. PEMBANTU KEMAHIRAN H19 – 03 Kekosongan
7. PEMBANTU AWAM H11 – 05 Kekosongan
8. PEMBANTU AWAM H11 – 05 Kekosongan
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan ini hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Maklumat lanjut sila layari : Iklan Jawatan Kosong FRIM 2017