Iklan Jawatan Kosong Juruaudit SPA dan Penolong Juruaudit di Jabatan Audit Negara Malaysia. Permohonan secara dalam talian perlu lah dibuat menerusi laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Jadi kepada semua yang berminat dan berkelayakan anda mesti mempunyai ciri-ciri berikut. Mempunyai keterampilan yang baik, mempunyai semangat yang tinggi, boleh bekerja dalam kumpulan, mempunyai bakat kepimpinan, mempunyai ciri-ciri diri yang cemerlang dan mempunyai kelayakan atau profesionalisme yang sesuai dengan jawatan ini.
Iklan Jawatan Kosong Juruaudit SPA dan Penolong Juruaudit di Jabatan Audit Negara Malaysia adalah seperti berikut :-
1. Juruaudit W41 (22 Kekosongan)
2. Penolong Juruaudit (38 Kekosongan)
Jawatan-jawatan ini mengkhusus kepada mereka yang berkelayakan dalam bidang perakaunan, perniagaan, ekonomi dan sains komputer.
Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan. Tempoh sah laku permohonan adalah selama setahun. Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian atau Jabatan dan hanya calon yang berjaya tapisan akan dipanggil untuk temuduga.
Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan permohonan masih lagi dalam tempoh sah laku. Tarikh tutup permohonan baru adalah AHAD 19 November 2017 jam 11.59 malam. Untuk mendapatkan maklumat penuh berkaitan dengan jawatan sila terus ke pautan INI.
Untuk memohon secara online anda hanya perlu layari laman sesawang SPA. Semoga berjaya.