Iklan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) untuk tahun 2017 telah dikeluarkan. Oleh hal yang demikian, admin ingin berkongsi kepada semua pembaca jawatan-jawatan yang ditawarkan oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Jawatan-jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut :-
1. AKAUNTAN WA41
2. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG DAN DESA JA29
3. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG L29
4. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19
5. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19
6. PEMANDU KENDERAAN H11
Untuk iklan penuh dan lengkap sila layari pautan di SINI
Untuk muat turun borang permohonan sila layari di SINI
Tarikh tutup permohonan Iklan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) ini adalah sebelum atau pada 1 November 2017. Jadi apa tunggu lagi sesiapa yang berkelayakan sila kan memohon. Kongsikan juga informasi ini kepada kawan-kawan atau saudara mara anda yang sedang mencari pekerjaan.
Melalui catatan sejarah, Kuantan telah wujud semenjak awal tahun 1850-an lagi. Kewujudan Kuantan pada kurun ke 19 adalah bermula sebagai penempatan. Sistem berkerajaan tempatan mula dilaksanakan di Kuantan pada 1 Ogos 1913 dengan penubuhan Kuantan Sanitary Board yang bertanggungjawab terhadap kawalan kebersihan, kesihatan dan kawalan pembangunan. Pada tahun 1937, Kuantan Sanitary Board telah digantikan dengan Lembaga Bandaran Kuantan (Kuantan Town Board). Setelah hampir 16 tahun berada di bawah sistem ini, Lembaga Bandaran Kuantan telah dinaiktaraf kepada Majlis Bandaran Kuantan (Kuantan Town Council) dengan kawasan pentadbiran seluas 16 km persegi sahaja iaitu tertumpu kepada Mukim Kuala Kuantan.
Pada 1 September 1979 sekali lagi, Majlis Bandaran Kuantan dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Kuantan (Kuantan Municipal Council) berasaskan Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) yang kekal hingga ke hari ini. Keluasan kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kuantan telah diperkembangkan kepada 324 km persegi yang meliputi empat mukim iaitu Kuala Kuantan, Ulu Kuantan, Beserah dan Sungai Karang. Kawasan ini merupakan 10% daripada keluasan keseluruhan bandar Kuantan. Daripada keluasan tersebut, 20% merupakan kawasan bercukai yang diberikan perkhidmatan perbandaran manakala bakinya merupakan kawasan pembangunan.
Kuantan terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia di antara garis lintang 3° 49′ 0″ di utara dan garis bujur 102° 20′ 0″ di timur. Di bahagian timur ialah Laut Cina Selatan dengan panjang kawasan pantai 56 km (35 batu). Di sebelah barat ialah Daerah Maran dan Jerantut, di utara ialah Negeri Terengganu dan di selatan ialah Daerah Pekan.