Home » JAWATAN KOSONG » Iklan Jawatan Kosong MBSA

Iklan Jawatan Kosong MBSA

Iklan Jawatan Kosong MBSA
Iklan Jawatan Kosong MBSA

Berikut adalah Iklan Jawatan Kosong MBSA ​Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Keutamaan akan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.
​    ​
​1.​    ​JURUTERA    J41​    ​
​2.    PENOLONG PEGAWAI SENIBINA    JA29
3.​    PENOLONG ARKITEK LANDSKAP    JA29
4.​    PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN    U29    ​
​5.    ​PENOLONG PEGAWAI ​PENGAWAL KESELAMATAN    KP27
6.​    ​PEMBANTU PENGUATKUASA (RANJER TAMAN)    N17
7.​    JURUFOTOGRAFI B17

​​KLASIFIKASI PERKHIDMATAN
B    -​    Perkhidmatan Bakat dan Seni
JA   ​-    ​Perkhidmatan Kejuruteraan
KP   –    Perkhidmatan Keselamatan dan Pertahanan Awam
N    ​-    Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
​U    ​-    ​Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan​

​​SYARAT-SYARAT PERMOHONAN​


TERTAKLUK DIBAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON:
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini;
Permohonan daripada kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam yang sedang berkhidmat hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan dan mendapat sokongan Ketua Jabatan;
Permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil yang disahkan;
Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga;
Pemohon-pemohon hendaklah mencatatkan jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat;
Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga(3) bulan dari tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

​​​PERMOHONAN

Borang MBSA 1) boleh dibeli di Kaunter Bayaran (Tingkat G) Wisma MBSA dengan harga RM3.20 (termasuk GST) tunai/naskah.
Permohonan hendaklah dihantar kepada:

Bahagian Sumber Manusia
Majlis Bandaraya Shah Alam
Tingkat 1, Wisma MBSA, Peti Surat 7200
40706 Shah Alam, Selangor

Tarikh iklan dikeluarkan :  19 Oktober 2015
Tarikh tutup permohonan adalah pada : 02 November 2015

Layari website : MBSA

Check Also

Iklan Jawatan Kosong UiTM Mei 2019

Iklan Jawatan Kosong UiTM Mei 2019

Iklan Jawatan Kosong UiTM Mei 2019. Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.