Iklan Jawatan Kosong SPP 2019. Iklan Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) 2019. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran sebagai Pihak Berkuasa Melantik bertanggungjawab bagi melantik Anggota Perkhidmatan Pelajaran.
Pelantikan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan permohonan dibuka sepanjang masa bagi jawatan berikut: Pensyarah yang berkhidmat di Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
Anggota Kumpulan Pelaksana Gred 19 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melalui Sistem Terbuka perlu memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
a.lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
b.lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
c.memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
Penyelia Asrama Gred N19
Pembantu Pengurusan Murid Gred N19
Anggota Kumpulan Pelaksana Gred 11 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Penilaian Menengah Rendah (PMR), calon berkenaan perlu memiliki keputusan seperti berikut:
a.mendapat sekurang-kurangnya peringkat ‘D’ dalam 5 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Matematik; dan
b.bagi skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan ‘kepujian’ dalam mata pelajaran tertentu seperti Bahasa Malaysia atau Pengetahuan Agama Islam atau seumpamanya di peringkat SRP calon-calon hendaklah memperolehi sekurang-kurangnya peringkat ‘C’ dalam mata pelajaran berkenaan di peringkat PMR.
Pembantu Operasi Gred N11
Pemandu Kenderaan Gred H11
Untuk memohon anda hanya perlu ke pautan INI
Tarikh Tutup : 31 Mei 2019