Home » JAWATAN KOSONG » Iklan Jawatan Kosong UiTM Mei 2019

Iklan Jawatan Kosong UiTM Mei 2019

Iklan Jawatan Kosong UiTM Mei 2019. Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera/Bukan Bumiputera (Jawatan Akademik) dan Bumiputera (Jawatan Pentadbiran) yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap/Kontrak di Kampus Shah Alam, Kampus Cawangan dan Kampus Puncak Alam (Hospital Pengajar Universiti) / Kampus Sungai Buloh (Fakulti Perubatan).

Iklan Jawatan Kosong UiTM Mei 2019
Iklan Jawatan Kosong UiTM Mei 2019

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN
a. Untuk Bukan Staf UiTM
i) Pemohon dikehendaki membeli nombor pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 8 Mei 2019 hingga 24 Mei 2019 dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon sahaja di kaunter cawangan BSN dengan bayaran RM 10.00.
ii) Sila nyatakan ‘Jawatan Kosong UiTM’ semasa pembelian nombor pin di kaunter BSN.
iii) Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang UiTM di http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dan membuat permohonan secara dalam talian (online) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.
iv) Seorang pemohon hanya boleh memohon untuk SATU jawatan yang diiklankan sahaja.
v) Bagi permohonan jawatan Pensyarah/Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor:
a. Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/Mumtaz/Jayyid Jiddan atau yang setaraf diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. (Pengecualian bagi pemohon yang telah memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau setara)
b. Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D).
c. Permohonan jawatan Profesor boleh dibuat melalui sistem ePengambilan Staf dengan mengisi borang Profesor Madya (sekiranya memiliki kelayakan Ph.D) dan Pensyarah (sekiranya memiliki kelayakan Sarjana).

b. Untuk Staf UiTM Sahaja
Permohonan daripada Staf UiTM berstatus tetap/kontrak/sementara di mana pelantikan dibuat melalui Bahagian Pengambilan dan Penempatan Staf UiTM, hendaklah dibuat melalui sistem aplikasi dalam talian (online) melalui Portal I-Staf → eProses & Sistem Sokongan →ePengambilan Staf.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 24 Mei 2019 (Jumaat)

Sebarang pertanyaan bolehlah merujuk kepada:
Bahagian Pengambilan dan Penempatan Staf
Jabatan Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Emel : bpps@salam.uitm.edu.my
Unit Akademik
No. Tel : (03) 5544 3063 / 3417 / 3090 / 3006 / (03) 5521 1314
Unit Pentadbiran
No. Tel : (03) 5544 3007 / 3085 / 3005 / 3076 / (03) 5521 1612

Maklumat Lanjut : SINI

Check Also

Iklan Jawatan Kosong SPP 2019

Iklan Jawatan Kosong SPP 2019

Iklan Jawatan Kosong SPP 2019. Iklan Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) 2019. Suruhanjaya Perkhidmatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *