Home » BERITA » Individu Hina Polis Bukan Staf Media Prima

Individu Hina Polis Bukan Staf Media Prima

Individu Hina Polis Bukan Staf Media Prima

Seorang yang dikatakan staf stesen TV besar tanah air iaitu Media Prima telah memuatnaik status yang menghina pasukan Polis Malaysia. Bukan satu status tetapi ada sampai 2 ke 3 status yang menghina pasukan uniform tersebut. Tetapi Individu Hina Polis Bukan Staf Media Prima menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Media Prima.

Antara status yang menghina tersebut adalah ” Dulu sekolah malas, kwn2 pakai unform jd pilot. Lu pakai uniform jd
anjing”.. Ia seolah-olah menyifatkan hanya orang yang malas sahaja yang
kerja sebagai Polis.

Semoga si penghina ini dapat ditangkap. Jom kita baca kenyataan pihak Media Prima.

Kuala Lumpur, 7 Febuari 2015 – Media Prima Berhad (“Media Prima “ atau ” Kumpulan ” ) hari ini memaklumkan bahawa individu yang membuat kenyataan menghina pihak Polis DirajaMalaysia (PDRM) melalui media sosial pada 6 Februari 2015 bukan dan tidak pernah berkhidmat sebagai kakitangan Media Prima atau mana-mana anak syarikat Kumpulan. Hasil daripada siasatan dalaman yang telah  dilaksanakan, individu tersebut sebelum ini pernah menjadi kontraktor bagi salah satu program namun kontrak beliau telah tamat sejak
30 Januari 2015.

Media Prima ingin menegaskan bahawa kenyataan-kenyataan individu tersebut tidak dalam apa-apa cara menggambarkan pendirian Media Prima serta tidak mewakili nilai-nilai warga kerja Kumpulan. Media Prima telah dan akan sentiasa menghargai sumbangan anggota PDRM dan ingin menyatakan sokongan penuh kepada pasukan polis melalui semua platform media Kumpulan.

Media Prima sentiasa mempunyai hubungan kerjasama yang erat bersama PDRM serta sering mengetengahkan pencapaian dan sumbangan mereka kepada masyarakat termasuk melalui program-program televisyen seperti 999 , Malaysia Hari Ini , Buletin Utama dan laporan berita melalui akhbar-akhbar Media Prima.

Tamat

Media Prima Berhad at: 603- 1300 300 672 Ext: 8949 or 03 – 2724 8949
Azlan Abdul Aziz at azlan.aziz@mediaprima.com.my/
www.mediaprima.com.my/http://twitter.com/MPBtalk

Check Also

Video Tular Haziq Dan Dikatakan Menteri Tulen

Video Tular Haziq Dan Dikatakan Menteri Tulen

Video Tular Haziq Dan Dikatakan Menteri Tulen. Video intim yang melibatkan bekas Ketua Angkatan Muda …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.