Info Lengkap Program Subsidi Petrol (PSP) Kerajaan. Program Subsidi Petrol (PSP) adalah inisiatif Kerajaan untuk meringankan beban isirumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.
Ia adalah satu bentuk bantuan kewangan untuk membantu rakyat membiayai sebahagian kos penggunaan petrolnya.
Prinsip bantuan yang hendak disampaikan oleh Kerajaan ialah melalui pengagihan semula subsidi yang saksama (equitable redistribution) dan dasar berpandukan data (data driven policy).
Subsidi petrol sedia ada secara pukal yang dinikmati oleh semua orang tanpa mengira kerakyatan dan pendapatan akan diubah kepada golongan sasar yang layak, iaitu warganegara Malaysia yang sangat memerlukan bantuan tersebut.
Faedah perlaksanaan PSP ini dibahagikan kepada dua iaitu faedah kepada negara dan faedah kepada rakyat. Anda boleh rujuk infografik di bawah ini :-
Pautan untuk anda : PSP Link