Home » Uncategorized » Insiden Panas Penyokong Perak dan JDT di Ipoh

Insiden Panas Penyokong Perak dan JDT di Ipoh

Ipoh: Perlawanan Liga Super antara Perak dan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Perak sebentar tadi menyaksikan keganasan dilakukan penyokong hingga menyebabkan jurugambar NSTP, Supian Ahmad cedera dibaling objek dipercayai batu.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan penyokong salah satu pasukan terhadap pasukan lawan tetapi mengenai kaki Supian selepas Perak kecundang 0-1 di tangan pihak lawan. Sebelum itu penyokong JDT turut diarahkan untuk menunggu di dalam Stadium Perak sebaik perlawanan tamat bagi mengelak berlakunya insiden tidak diingini membabitkan kedua-dua penyokong.

Unit Simpanan Persekutuan (FRU) turut berkawal di laluan keluar kedua-dua penyokong bagi menyuraikan keadaan kekecohan yang dicetuskan.

Penyokong tuan rumah yang kecewa dengan kekalahan di tempat sendiri juga dilihat enggan meninggalkan persekitaran stadium meski diarahkan petugas keselamatan bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Pasukan keselamatan terpaksa melepaskan meriam air dan gas pemedih mata bagi menyuraikan penyokong yang enggan berganjak kerana mahu menunggu penyokong JDT keluar dari stadium.

SUMBER

Check Also

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan Baru tadi admin kongsikan link live streaming tentang pengumuman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.