Home » INFORMASI » Insurans Kereta Di Malaysia

Insurans Kereta Di Malaysia

Insurans Kereta Di Malaysia

Insurans Kereta Di Malaysia

Sedikit perkongsian dan info berkaitan Insurans Kereta Di Malaysia. Admin pasti semua mempunyai kereta. Dengan zaman yang serba canggih ini pelbagai model kereta terbaru yang dikeluarkan tiap-tiap bulan oleh pengeluar-pengeluar kereta terkemuka dunia.

Jadi ini ada sedikit info berkaitan Insurans Kereta Di Malaysia yang dipetik dan diolah dari laman IM.

Polisi insurans kenderaan akan melindungi pemilik kenderaan daripada menanggung bebanan kewangan sekiranya terlibat dalam kemalangan.

Mengikuti Akta Pengangkutan Jalan 1987, undang-undang Malaysia menghendaki semua kenderaan bermotor dilindungi insurans sebelum cukai jalan boleh dibeli dan kenderaan boleh digunakan di jalan raya. Terdapat tiga polisi insurans kenderaan generik iaitu, Liputan Pihak Ketiga, Liputan Pihak Ketiga Kebakaran & Kecurian dan Liputan Komprehensif.

Insurans pihak ketiga adalah polisi yang paling asas dan hanya melindungi pihak ketiga dalam kemalangan, i.e. pemandu, penumpang serta kereta yang anda terlibat dalam kemalangan dengan. Ini meliputi pembaikan kereta pihak ketiga, dan kecederaan atau kematian orang dalam kereta tersebut.

Liputan tambahan kebakaran dan kecurian menambah perlindungan asas untuk kenderaan sendiri. Ia meliputi sebarang kerugian atau kerosakan yang ditanggung akibat kecurian atau kebakaran.

Insurans komprehensif memberikan anda perlindungan terbaik antara ketiga-tiganya. Selain daripada meliputi liabiliti pihak ketiga, kecurian dan kebakaran kemalangan kereta sendiri, ia juga meliputi semua kerosakan pada kereta anda jika berlaku kemalangan, dan kerosakan / kehilangan harta benda di dalam kereta anda sendiri. Kecederaan, kematian dan kemudaratan badan lain atas diri anda dan penumpang anda juga diliputi.

Kadar premium untuk polisi-polisi insurans ini dikawal oleh Bank Negara Malaysia dengan kerjasama Persatuan Insurans Am Malaysia. Kadar-kadar ini akan berubah pada setiap tahun.

Perlindungan tambahan boleh didapatkan dan ia bergantung kepada spesifikasi setiap individu.

Di Amerika Syarikat Car Insurance adalah perkara yang sangat dititik beratkan oleh rakyat di sana.

Check Also

Urusniaga ASNB Ditangguh bermula 18 Disember 2019

Urusniaga ASNB Ditangguh 18 Disember 2019

Urusniaga ASNB Ditangguh 18 Disember 2019. Adalah dimaklumkan kepada semua pelabur tidak kira ASB atau …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.