Home » BERITA » Istana Selangor Tarik Balik Darjah Kebesaran Najib

Istana Selangor Tarik Balik Darjah Kebesaran Najib

Istana Selangor Tarik Balik Darjah Kebesaran Najib. Tular di media-media sosial kenyataan media penggantungan dan penarikan balik Keahlian Darjah Kebesaran Negeri Selangor yang dikurniakan kepada Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak pada tahun 2004 dan juga Darjah Kebesaran Dato’ Paduka mahkota Selangor (D.P.M.S). Kedua-dua darjah membawa gelaran Dato’ Seri dan Dato’.

Dalam kenyataan itu juga, penggantungan dan penarikan darjah kebesaran tersebut kerana beliau telah didakwa di Mahkamah atas beberapa pertuduhan yang melibatkan kes rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram.

Selain itu, Datin Seri Rosmah juga digantung Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor, kebesaran yang berkaitan dan konvensi yang diamalkan di negeri itu.

Semua penggantungan berkuatkuasa bermula 6 Mei 2019 sehingga kes perbicaraan dan rayuan yang melibatkan bekas Perdana Menteri dan Isteri selesai di Mahkamah.

Istana Selangor Tarik Balik Darjah Kebesaran Najib
Istana Selangor Tarik Balik Darjah Kebesaran Najib

Selangor State Governmnet

Check Also

Kejadian Tanah Runtuh Berhampiran Loji Rawatan Air Trong

Kejadian Tanah Runtuh Berhampiran Loji Rawatan Air Trong

Kejadian Tanah Runtuh Berhampiran Loji Rawatan Air Trong jejaskan bekalan air sekitar Taiping. Beberapa kawasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *