Home » SUKAN » Isu Gaji Sumareh Ini Penjelasan PBNP

Isu Gaji Sumareh Ini Penjelasan PBNP

Isu Gaji Sumareh Ini Penjelasan PBNP. Beberapa hari ini seluruh peminat bola sepak Malaysia dikejutkan dengan pelbagai berita berkaitan seorang pemain Pahang iaitu Sumareh.

Isu Gaji Sumareh Ini Penjelasan PBNP
Isu Gaji Sumareh Ini Penjelasan PBNP

Ada “rumours” yang bertebaran bahawa Sumareh tinggalkan Pahang untuk ke JDT. Ada yang mengatakan Sumareh tinggalkan Pahang atas sebab masalah gaji.

Sumareh ada beri kenyataan media sebelum ini adan jom kita baca pula penjelasan daripada pihak Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP).

Isu gaji hanya alasan Mohamadou Sumareh yang juga pemain naturalisasi pertama negara membuat keputusan meninggalkan pasukan Pahang.

Sebaliknya, tindakannya itu dibuat kerana sudah tawar hati dengan skuad Tok Gajah dan mahu menyarung jersi pasukan lain biarpun kontraknya hanya berakhir pada 2022.

Menurut sumber Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP), soal gaji tertunggak atau terlewat hanya alasan semata-mata ketika pemain itu sudah tawar hati atau berniat meninggalkan Pahang kerana mendapat tawaran yang lebih baik.

“Dalam isu ini tidak timbul Pahang tidak langsung membayar gaji setiap bulan biarpun bayaran gaji itu tidak diterima sepenuhnya.

“Tapi semua tahu penularan wabak COVID -19 memberi kesan terhadap pengurusan pasukan yang menyebabkan berlaku sedikit kelewatan atau tunggakan.

“Namun, Pahang tetap membayar gaji setiap bulan biarpun bukannya bayaran penuh,” katanya.

Dalam isu terbabit, sumber itu berkata, sikap mementingkan diri Sumareh hingga tiada sebarang perbincangan menyebabkan PBNP berasa terkilan.

Katanya, jika Sumareh benar-benar sayangkan skuad Tok Gajah, soal gagal hadir menjalani latihan atas alasan gaji tidak dibayar tidak timbul.

“Sebaiknya, Sumareh harus mencontohi barisan pemain dari pasukan lain yang kekal dan setia bersama pasukan ketika mereka berdepan masalah gaji sehingga tempoh beberapa bulan.

“Kita tidak dengar mereka yang berdepan masalah tunggakan gaji membuat keputusan meninggalkan pasukan kerana kesetiaan kepada pasukan.

“Sedangkan Sumareh tidak menerima gaji penuh kesan daripada penularan COVID-19 yang sudah pasti dia memahami situasi berlaku.

“Sebagai pemain profesional dan sudah lama bersama Pahang, Sumareh tidak sepatutnya bertindak sedemikian,” katanya.

Sumareh dilaporkan sudah membuat keputusan menyertai kelab dari Thailnad, Police Tero FC.

Khabar angin itu bertiup kencang di media sosial Thailand dengan ada laman sukan yang mendakwa Sumareh sudah sah akan menyarung jersi bekas juara Thai League 1 itu. -BH Online-

Check Also

Live Streaming Kedah vs Pahang Piala Malaysia 2020

Live Streaming Kedah vs Pahang Piala Malaysia 2020

Live Streaming Kedah vs Pahang Piala Malaysia 2020. Berita baik untuk semua peminat pasukan Kedah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.