Home » BERITA » Isu Iftar Di Kuil YB Akmal Beri Penjelasan

Isu Iftar Di Kuil YB Akmal Beri Penjelasan

Isu Iftar Di Kuil YB Akmal Beri Penjelasan. “Saya sudah pergi tahun lepas cuma tanpa sebarang hebahan,” kata Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berhubung Majlis Iftar Muhibbah Bersama Parlimen Johor Bahru di Gurdwara Sahib (kuil Sikh) yang menerima kecaman.

Isu Iftar Di Kuil YB Akmal Beri Penjelasan
Isu Iftar Di Kuil YB Akmal Beri Penjelasan

Akmal berkata, pada tahun lalu, beliau telah diajak oleh beberapa rakan daripada komuniti Sikh untuk iftar di Gurdwara Sahib.

Menurutnya, seumur hidupnya tidak pernah masuk ke kuil komuniti Sikh itu malah berasa berat hati untuk menerima undangan tersebut kerana boleh menimbulkan pelbagai pandangan dan tohmahan.

“Bagi merungkaikan kemusykilan ini, saya telah merujuk dengan mereka yang pernah berhadapan dengan situasi ini.

“Pada masa sama, saya turut meminta staf untuk melawat dahulu Gurdwara dan berbincang dengan penganjur bagi menilai semua perkara,” katanya seperti dipetik dari kenyataan di Facebook rasminya hari ini.

Akmal berkata, beliau akhirnya menerima undangan tersebut dan pergi untuk iftar di Gurdwara Sahib pada tahun lalu selepas mendapati beberapa perkara.

“Gurdwara ini dibina seperti sebuah kompleks komuniti, ada pelbagai kemudahan yang disediakan. Kami makan di dewan makan yang memang siap dengan kemudahan tempat duduk dan kelengkapan dapur.

“Komuniti Sikh bila makan di Gurdwara 100 peratus vegan. Mereka bukan vegan hanya bila undangan iftar, tapi vegan sepanjang masa. Adab mereka lagi ketat, bila masuk Gurdwara, mereka perlu memakai tutup kepala (saya difahamkan antara sebab Sikh pakai turban). Cuma saya tahun lepas pakai kopiah,” katanya.

Beliau berkata, ketika menerima undangan tersebut pada tahun lalu, pihak Gurdwara Sahib menyediakan satu dewan kosong untuk solat Maghrib.

“Ruang ibadat mereka pula sememangnya diasingkan di tingkat atas. Tiada campur aduk upacara mereka sebab ruang ibadat mereka di tingkat lain.

“Cuma tahun lepas saya pergi tanpa sebarang hebahan,” katanya.

Terdahulu tular kecaman dan perkongsian di media sosial berhubung jemputan Majlis Iftar Muhibbah Bersama Parlimen Johor Bahru di Gurdwara Sahib (kuil komuniti Sikh), Jalan Trus di sini.

Perkara itu turut mendapat kecaman dari Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru yang menyifatkan Akmal Nasrullah tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam. -Sinar Harian Online-

Baca lagi : https://www.facebook.com/akmalnasir.keadilan/photos/rpp.593529354077239/2263846580378833/?type=3&theater

Check Also

Geng Picit Roti Direman 4 Hari

Geng Picit Roti Direman 4 Hari

Geng Picit Roti Direman 4 Hari. Anda dah tengok video bangga mereka ini merosakkan barang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.