Home » BERITA » Isu Peralihan Kuasa : Jangan Main Politik Kotor

Isu Peralihan Kuasa : Jangan Main Politik Kotor

Isu Peralihan Kuasa : Jangan Main Politik Kotor kata Lim Kit Siang. Semalam sesuatu yang amat mengejutkan telah berlaku dalam sejarah politik Malaysia. Desas-desus peralihan kuasa yang melibatkan kerajaan yang sedang memerintah.

Isu Peralihan Kuasa : Jangan Main Politik Kotor
Isu Peralihan Kuasa : Jangan Main Politik Kotor

Lantaran dengan itu kebanyakan ketua kepada parti politik telah memberikan kenyataan tentang perkara ini termasuk lah Lim Kit Siang.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menegaskan pentas politik bukan medan permainan kotor.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Gelang Patah itu menempelak ahli politik tertentu yang cuba menyalahgunakan pentas politik untuk menggugat kepercayaan rakyat Malaysia yang mahu melihat negara dalam keadaan baik.

Beliau mahu pentas politik digunakan sebaik-baiknya kerana percaya itu mampu membentuk negara ke arah lebih baik.

“Wanita dan lelaki DAP ingin berbuat baik untuk negara dan rakyatnya tanpa mengira kaum, agama atau wilayah.

“Kita berada dalam politik kerana kita percaya bahawa politik ialah jalan yang jujur dan mulia untuk menjadikan Malaysia sebuah negara lebih baik untuk anak cucu kita.

“Sebenarnya, yang kotor ialah ahli politik bukan politik. Kepercayaan ini yang kita pegang,” katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Beliau menulis catatan itu sebelum menyertai mesyuarat di Ibu Pejabat DAP, Jalan Pudu, di sini kira-kira 12.20 tengah hari tadi. -BH Online-

Check Also

Netizen Pertahan Tindakan Polis Sebat Remaja

Netizen Pertahan Tindakan Polis Sebat Remaja

Netizen Pertahan Tindakan Polis Sebat Remaja. Rata-rata netizen sepakat mempertahankan tindakan Polis yang menyebat remaja …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.