Home » BERITA » Isu Politik Negara Perlantikan Semua Menteri Terbatal

Isu Politik Negara Perlantikan Semua Menteri Terbatal

Isu Politik Negara Perlantikan Semua Menteri Terbatal. Semalam 24 Februari 2020 YAB Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir telah menghantar surat perletakan jawatan beliau kepada DYMM YDP Agong.

Isu Politik Negara Perlantikan Semua Menteri Terbatal
Isu Politik Negara Perlantikan Semua Menteri Terbatal

DYMM YDP Agong berkenan menerima perletakan jawatan tersebut tetapi melantik Tun sebagai Perdana Menteri Interim. Dalam masa yang sama perlantikan semua menteri adalah terbatal.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini membatalkan pelantikan semua menteri atas nasihat Perdana Menteri.

Perkara ini disahkan dan diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, berkata, perkara itu adalah selaras dengan peruntukan Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan, seiring peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri hari ini.

Sehubungan itu, katanya, tugas anggota pentadbiran merangkumi timbalan perdana menteri, menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik turut terhenti pada tarikh sama.

Susulan peletakan jawatannya hari ini, Dr Mahathir dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri interim mengikut Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Ia bagi membolehkan Dr Mahathir menguruskan pentadbiran negara sehingga Perdana Menteri dan anggota Kabinet baharu dilantik. -Sumber-

Check Also

Pertemuan Anwar Ibrahim Menghadap YDP Agong Apa Rumusannya?

Pertemuan Anwar Ibrahim Menghadap YDP Agong Apa Rumusannya?

Pertemuan Anwar Ibrahim Menghadap YDP Agong Apa Rumusannya? Pertemuan Anwar Ibrahim Menghadap YDP Agong Apa …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.