Home » BERITA » Isu Sajat Bertelekung Di Mekah Ini Komen Mujahid

Isu Sajat Bertelekung Di Mekah Ini Komen Mujahid

Isu Sajat Bertelekung Di Mekah Ini Komen Mujahid. Dua hari ini semua rakyat Malaysia sudah mengetahui satu berita yang agak mengejutkan dibuat oleh jutawan kosmetik Sajat.

Isu Sajat Bertelekung Di Mekah Ini Komen Mujahid
Isu Sajat Bertelekung Di Mekah Ini Komen Mujahid

Sajat ada memuatnaik status dan gambar beliau bermula dari permulaan perjalanannya ke Mekah sehingga beliau sampai di Tanah Suci. Apa yang memeranjatkan kita semua adalah pakaian yang dipakai oleh Sajat adalah telekung.

Telekung adalah pakaian bagi wanita untuk beribadat. Dan seperti yang semua tahu Sajat adalah seorang lelaki. Ia mengundang kerisauan terutama kepada semua umat Islam mengapa ia terjadi?

Jadi kita baca sendiri apa komen YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) tentang isu ini.

Kerajaan kesal dengan tindakan ahli perniagaan kontroversi, Muhammad Sajad Kamaruzaman dan rakan-rakan yang bertelekung serta menjalani ibadah umrah seperti wanita.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, tindakan itu telah mencemarkan imej Islam dan hubungan baik Malaysia dengan Arab Saudi.

“Saya kesal dengan tindakannya, sudahlah itu dipaparkan pula di Instagram seolah-olah bukan kesalahan,” katanya kepada pemberita selepas sesi townhall Maqasid Syariah di Kementerian Kesihatan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya agensi pelancongan yang membawa Muhammad Sajad,35, sepatutnya sedia maklum dengan status lelaki itu. -Sinar Harian Online-

Check Also

Dua Pekerja Isharefans Kena Covid-19

Dua Pekerja Isharefans Kena Covid-19

Dua Pekerja Isharefans Kena Covid-19. Salah satu aplikasi yang menjadi kegilaan satu Malaysia kerana kita …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.