Home » HIBURAN » Isu Terkucil Nabila Razali Mohon Maaf

Isu Terkucil Nabila Razali Mohon Maaf

Isu Terkucil Nabila Razali Mohon Maaf. Anda kenal dengan penyanyi Nabila Razali? Penyanyi yang popular dengan lagu Cumi Cumi?

Isu Terkucil Nabila Razali Mohon Maaf
Isu Terkucil Nabila Razali Mohon Maaf

Ketika mendendangkan single Peluang Kedua ciptaan Hael Husaini pada program Meletop Mega Raya Ria sempena 1 Syawal, minggu lalu, penyanyi Nabila Razali, ‘terkucil’.

Sebaik rakaman video menjadi viral, aksi Nabila yang membahasakan diri sebagai Bella, terus menjadi buat mulut warganet. Lama berdiam diri, Nabila akhirnya bersuara.

“Pertama sekali, saya mohon maaf kerana mengecewakan awak semua. Saya tidak meletakkan kesilapan ini kepada sesiapa, sebaliknya diri sendiri

“Saya pasti akan memperbaiki kelemahan diri pada masa hadapan. Pasti setiap yang berlaku ada hikmahnya,” katanya.

Nabila turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang cuba menenangkannya ketika diuji dan dikecam.

“Kepada mereka yang menghantar mesej langsung, WhatsApp dan menelefon untuk memberi semangat, terima kasih diucapkan kerana selalu ada bersama.

“Terima kasih kerana berkongsi cinta dan kasih sayang dengan saya. Anda tahu siapa.

“Memang itu yang saya perlukan ketika ini. Saya doakan yang baik juga untuk semua,” katanya.

Luahan Nabila di Instragram (IG) berhubung kontroversi itu juga pantas menarik perhatian pengikut termasuk peminat tegar yang bersimpati dengan dirinya.

Lagu Peluang Kedua mencipta sejarah tersendiri apabila lirik video single berkenaan mencapai lima juta tontonan dalam tempoh sebulan di YouTube.

Malah, klip video itu menjadi tempat luahan perasaan apabila lebih 12,000 komen pendengar berkongsi kisah hidup atas isu ‘peluang kedua’.

Peluang Kedua mengisahkan penyesalan ke atas kesilapan yang pernah dilakukan dalam perhubungan dan mahu diberi peluang sekali lagi. -BH-

Check Also

Ini Sebab Kenapa Perempuan Melayu Selalu Kena Sampuk

Ini Sebab Kenapa Perempuan Melayu Selalu Kena Sampuk

Ini Sebab Kenapa Perempuan Melayu Selalu Kena Sampuk. Kenapa Perempuan Melayu selalu kena sampuk, berbanding …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.