Home » BERITA » Isu Video Azmin Ali Ini Komen YAB PM

Isu Video Azmin Ali Ini Komen YAB PM

Isu Video Azmin Ali Ini Komen YAB PM. Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, bukan individu yang dikaitkan dalam video lucah yang tersebar sejak kelmarin.

Isu Video Azmin Ali Ini Komen YAB PM
Isu Video Azmin Ali Ini Komen YAB PM

Perdana Menteri berkata, penyebaran video itu jelas bermotifkan politik dengan tujuan untuk menjatuhkan Mohamed Azmin.

“Sekarang ini kalau seseorang mempunyai cukup kepakaran, dia boleh membuat pelbagai video atau gambar. Mungkin suatu hari nanti awak pun boleh tengok gambar saya dimanipulasi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Malam Sejuta Kenangan anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Pusat Konvensyen Setia Alam (SACC), di sini, malam tadi.

Dr Mahathir berkata, sikap sedemikian tidak sepatutnya berlaku di negara ini.

“Awak percaya (video) ini? Takkan bodoh nak buat macam itu. Kalau tidak boleh lawan dengan orang, tidak perlu buat macam itu.

“Janganlah buat politik kotor, bila kalah dengan lawan, awak nak tunjuk video lucah. Cara ini sangat kotor, kena amalkan politik bersih,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mempersoalkan individu didakwa bersama lelaki mirip menteri dalam video berkenaan.

“Lelaki ini mengaku, biasa orang malu nak mengaku, ini dia tak malu (mengaku),” katanya.

Semalam, Mohamed Azmin menafikan sekeras-kerasnya pembabitan beliau dalam sebuah video lucah yang tersebar sejak kelmarin dan menyifatkannya sebagai satu tuduhan jahat dan kejam.

Timbalan Presiden PKR itu menegaskan, beliau yakin siri fitnah itu komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadian serta menjatuhkan dan memusnahkan kerjaya politiknya.

Mohamed Azmin berkata, beliau sudah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang membuat tuduhan jahat serta terhadap pelaku lain. -BH Online-

Check Also

ILP Miri Catat IPU Bahaya 22 Ogos 2019

ILP Miri Catat IPU Bahaya 22 Ogos 2019

ILP Miri Catat IPU Bahaya 22 Ogos 2019. Iindeks Pencemaran Udara (IPU) di Institut Latihan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.