Home » Uncategorized » Jadual Suku Akhir Piala Malaysia 2014 Yang Baru

Jadual Suku Akhir Piala Malaysia 2014 Yang Baru

Jadual Suku Akhir Piala Malaysia 2014 Yang Baru

KUALA LUMPUR – Jadual perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia 2014 yang sepatutnya berlangsung selama dua hari pada 3 dan 4 Oktober ini diubah kerana terlalu hampir dengan sambutan Hari Raya Aidiladha.

Mengikut jadual terbaharu, perlawanan itu akan dilangsungkan sehari sahaja iaitu pada 3 Oktober 2014.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Afandi Hamzah menganggap pertukaran jadual perlawanan itu tidak akan menimbulkan sebarang kesulitan kepada pasukan yang bersaing.

“Jadual asal yang kami buat sebelum ini masih tidak muktamad kerana tidak mengetahui tarikh sebenar Hari Raya Haji.

“Tujuan kami mengubah tarikh itu adalah untuk memberi laluan kepada pemain yang beragama Islam membuat persiapan mereka dan meraikan hari tersebut tanpa gangguan jadual perlawanan yang ketat.

“Melalui pertukaran itu semua perlawanan suku akhir pertama akan diadakan pada 3 Oktober dan tiada perlawanan akan diadakan pada keesokan harinya. 

Bagaimanapun perlawanan lain selepas itu akan berjalan mengikut jadual,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang semalam. – Utusan

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.