Jambatan Kaca Di China Retak - Berita Viral Terkini
Home » BERITA » Jambatan Kaca Di China Retak

Jambatan Kaca Di China Retak

Memetik berita dari portal berita Astro Awani laluan jambatan gantung kaca di Hunan, China dilaporkan retak semalam sehingga menyebabkan keadaan yang huru-hara.Menurut laporan CNN, pelancong berlari dalam keadaan panik selepas melihat keretakan pada laluan yang berbentuk U di Yuntaishan (Yuntai Gunung) Scenic Park.“Baru sahaja menyaksikan satu detik bersejarah – laluan jambatan kaca Yuntaishan retak, “tulis seorang pengguna di Weibo (laman mikro-blogging China) dengan nama “leedonghaeshuohyukjaenihaowodeaia”.Jambatan Kaca Di China Retak.

“Ketika menghampiri penghujung laluan, saya terdengar satu bunyi yang kuat. Saya mula resah dan panik, saya tunduk ke bawah dan melihat lapisan kaca di bawah jambatan retak seribu.”Saya mula menjerit, ‘Ia benar-benar retak. Ia benar-benar retak! ‘Kemudian saya berlari menolak orang-orang di depan kerana terkejut melihat kejadian tersebut. “Susulan kejadian tersebut, pihak berkuasa taman tersebut mengeluarkan satu kenyataan bagi mengesahkan kejadikan tersebut.Jambatan Kaca Di China Retak.

Jambatan Kaca Di China Retak

“Bagi memastikan keselamatan para tetamu, laluan kaca itu ditutup serta-merta,” kata pengurus taman itu dalam kenyataan tersebut.”Pakar-pakar keselamatan sedang mencari punca kejadian.”Mereka mendakwa kerosakan itu berlaku disebakan ‘daya luar’ daripada sebuah objek yang tajam.Tiada ancaman yang berlaku.Difahamkan, permukaan laluan tersebut dibina dengan tiga lapisan ‘tempered-glass’ yang ditempah khas untuk projek tersebut.Menurut pihak taman tersebut, retakan hanya berlaku pada satu lapisan kaca dan ia tidak akan menimbulkan sebarang ancaman kepada keselamatan pelancong.Jambatan Kaca Di China Retak.

Laluan jambatan akan ditutup sehingga kerja pembaikian selesai.Bagaimanpun, kejadian ini telah menimbulkan keraguan pelancong dari segi aspek keselamatan jambatan tersebut, di mana rata-rata pengguna media sosial mula menyoal punca retakan.Laluan Yuntaishan yang dibuka bulan lalu merupakan tarikan baru pelancong di China, dimana pelancong akan berpeluang untuk berjalan di atas jambatan kaca setinggi 1000 meter yang dibina merentasi sebuah jurang.Sebelum ini, dilaporkan kaca yang digunakan untuk membina jambatan tersebut adalah setebal 24 milimeter dan dikatakan 25 kali lebih kuat daripada jenis kaca lain.Jambatan Kaca Di China Retak.

Negara China juga dalam perancangan untuk membina satu lagi jambatan gantung kaca di Zhangjiajie Grand Canyon.Malah, jambatan itu akan menjadi jambatan kaca tertinggi dan terpanjang di dunia dengan kepanjangan lebih 430 meter dan 300 meter tinggi.Jambatan Kaca Di China Retak

Check Also

EPenjana RM50 Boleh Ditebus Melalui Touch n Go Grabpay dan Boost E Wallet  

EPenjana RM50 Boleh Ditebus Melalui Touch n Go Grabpay dan Boost E Wallet

EPenjana RM50 Boleh Ditebus Melalui Touch n Go Grabpay dan Boost E Wallet. Tahukah anda …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.