Home » BERITA » Jangan Campur Urusan Negeri Johor

Jangan Campur Urusan Negeri Johor

Jangan Campur Urusan Negeri Johor titah DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam satu posting di laman facebook rasmi milik DYMM Tuanku. Kenyataan ini dimuatnaik pada 10 April 2019.

Jangan Campur Urusan Negeri Johor
Jangan Campur Urusan Negeri Johor

KENYATAAN DYMM SULTAN JOHOR

Saya kini berada di luar negara tetapi sentiasa mengikuti perkembangan dalam negara terutama Negeri Johor melalui laporan-laporan semua pihak.

Saya mahu pihak tertentu berhenti membuat bising dan bertelagah mengenai politik sebaliknya tumpukan kepada usaha menjaga negara.

Berkenaan Johor, jangan sibuk mencampuri urusan negeri ini kerana negeri yang berdaulat ini masih mempunyai seorang Sultan.

Saya akan membuat keputusan yang terbaik demi rakyat saya apabila tiba masanya nanti.

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar

(10 April 2019)

Check Also

Kronologi Penuh Kes Bunuh Kerat 8 di Melaka

Kronologi Penuh Kes Bunuh Kerat 8 di Melaka

Kronologi Penuh Kes Bunuh Kerat 8 di Melaka. Kepala dua beranak yang dibunuh dalam keadaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.